Saturday, May 19, 2012

GRAMMAR: DEMONSTRATIVE PRONOUNS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Sebelum ni mami letakkan tajuk "UPSR TIPS" untuk semua entry grammar. Tapi rasa2 sume peringkat bermula daripada Tahun 3 pon boleh pakai sebab grammar ialah asas penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul. Jadi kalau nak belajar sesuatu yang advance, kenalah bermula dari yang paling asas (basic). Sapa kata betul... angkat tangan! Hehehehe... mangarut lagi mami ni.

Jom, hari ni kita nak bincang satu lagi topik dalam keluarga PRONOUNS. Ia dikenali sebagai  DEMONSTRATIVE PRONOUNS... uiiii.. bunyi macam kompleks je kan. Takyah risau... inilah topik yang paling senang sekali dalam grammar. Tak caye?.... Aiseyman.... Jom, gulung lengan baju masing2, kita selongkar sampai habis.

Demonstrative bermaksud menujukkan. Manakala Pronouns pulak.... takkan dah lupa kot? Kata Ganti lah.
Jadi, kita gunakan demonstrative pronouns apabila kita hendak rujuk atau tunjuk sesuatu. Dalam topik ini, ada 4 kata tunjuk yang sama maksud tapi berbeza penggunaan. Sila lihat ringkasan di bawah:-

                  "is"                        "are"
Singular  { THIS    =>   ini   <= THESE } Plural / 2 atau lebih subjek 
Singular  { THAT   =>  itu   <= THOSE }Plural / 2 atau lebih subjek

This dan These bermaksud INI. Ia menunjuk benda2 yang dekat. Bezanya, this digunakan untuk ayat tunjuk yang mengandungi 1 subjek sahaja (singular) seperti:-

This is my Persian cat. (Ini kucing Parsi saya - ayat ini menunjukkan seekor kucing sahaja atau singular subject. Jadi "this" dan "is" digunakan)

These pula digunakan untuk ayat tunjuk yang mempunyai 2 atau lebih subjek (plural) seperti:-

These are my Persian cats. (Ini kucing-kucing Parsi saya. - ayat ini menujukkan lebih daripada seekor kucing Parsi atau plural subject. Jadi "these" dan "are" digunakan)

Boleh? Takde pening2 lalat? Orait... jom kita teruskan.

That dan those mempunyai sama maksud iaitu ITU. Ia menunjuk benda2 yang jauh. Cara penggunaan sama macam this dan these jugak. Lihat contoh2 dibawah:-

That potato is rotten. Throw it away. 
Those potatoes are rotten. Throw them away.


Bring that table downstairs.
Bring those tables downstairs. 


Contoh2 lain:-


Help that boy. He is drowning.
Help those boys. They are drowning.


Arrange this book in the bookshelf properly.
Arrange these books in the bookshelf properly.


Mudah kan... Apa kata anda semua cuba latihan2 di rumah dalam buku masing2. Selamat mengulangkaji.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...