Thursday, May 17, 2012

UPSR SCIENCE: ISTILAH-ISTILAH SOALAN STRUKTUR

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Kertas Soalan Sains UPSR mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.


Bahagian A mengandungi 30 soalan perbagai pilihan dan setiap soalan bernilai 1 markah. Anda diberi masa 45 minit untuk menjawab kesemua soalan dalam bahagian ini.Pada asasnya, anda mempunyai lebih kurang satu setengah minit untuk setiap soalan.

Bahagian B pula ialah soalan struktur. Ia mengandungi 20 soalan yang bernilai dari 1 hingga 3 markah. Untuk bahagian ini anda diberi 30 minit untuk menjawab kesemua soalan. Bermakna anda hendaklah bijak membahagikan masa untuk menjawab soalan2 yang nudah dan yang mencabar. Putara masa yang anda ada ialah satu setengah minit bagi setiap soalan.

So, hari ni kita akan bincangkan istilah2 yang biasa digunakan dalam soalan2 struktur. Semoga ia dapat membantu anda memahami kehendak soalan.

Sebelum itu mari perhatikan pendekan2 (short forms) berikut:
 WTC - WHAT IS CHANGED (PEMBOLEH UBAH DIMANIPULASIKAN)
- Apa yang dibezakan pada awal eksperimen

WTO - WHAT IS OBSERVED / MEASURED (PEMBOLEHUBAH BERGERAK BALAS)
- Lihat keputusan pada akhir eksperimen / penyiasatan.

WTS - WHAT IS KEPT THE SAME (PEMBOLEHUBAH DIMALARKAN /DITETAPKAN)
- apa yang sama dalam eksperimen / penyiasatan

1. Pemerhatian (Observation)
- nyatakan pemerhatian anda berdasarkan keputusan pada rajah.
-contoh: Roti X mempunyai bilangan kulat lebih banyak berbanding roti Y.

2. Tujuan penyiasatan (Purpose / aim)
- Untuk menyiasat hubungan di antara (WTC) dengan (WTO)


3. Pola perubahan / corak perubahan (Trend of change / patern)
- biasanya untuk soalan2 graf atau jadual
- gunakan perkataan Bertambah (increase) / Berkurang (decrease) / Tetap (unchange)

4. Ramalan (Predict)
- Apakah yang berlaku jika? Ramalkan apakah yang akan berlaku berdasarkan pemerhatian atau eksperimen.
Contohnya, ramalkan bilangan (5cm, 10kg, 15 orang) atau ramalkan situasi (persaingan akan menjadi lebih hebat)

5. Membuat Inferen (Inference)
- pemerhatian (WTO, Pola) + sebab (kaitkan dengan topik yang terlibat)
Contoh: Bilangan ikan Yu berkurang kerana tidak mendapat makanan yang mencukupi.
                   WTO             POLA                                   SEBAB

6. Hubungan / hipotesis (relationship / hypothesis)
-(WTC) (POLA) , (WTO) (POLA)
Contoh: pertambahan bilangan guli, meningkatkan jumlah isipadu air
- Semakin (POLA) (WTC), semakin  (POLA) (WTO)
Contoh: Semakin banyak anak pokok ditanam dalam pasu, semakin kecil saiz pokok yang tumbuh.
- Apabila (WTC) (POLA) , maka (WTO) (POLA)
Contoh: Apabila persaingan terhadap kawasan bertambah , maka saiz anak-anak pokok yang tumbuh dalam pasu akan menjadi lebih kecil 


7. Kesimpulan (Conclusion)
- (WTC) (POLA) atau ((WTO) (POLA)
- Atau anda boleh menggunakan isi utama dalam sesuatu topik
Contoh: Kesimpulannya, matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis lurus semasa berlakunya gerhana matahari.


Selamat mengulangkaji.

2 comments:

Anonymous said...

Thanks,, Its very usefull

MuaRian said...

Tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...