As salam sume.
Sejak Jumaat yang lalu, en husband sibuk betul overtime. Begitulah lumrah keje ngan agen perkapalan. Nama je officer.., tapi keja dia..., mintak ampun. Perlu becekang mata. Bila ader kapal je tak kiralah kapal angkut kontena ke petroleum ke baja atau pun minyak kelapa sawit..janji kapal MISC atau ader kontena MISC yang menumpang kapal syarikat lain atau kapal lain yang pakai MISC sebagai agen mereka..., confirm lah en husband kena standby. Biar pun kapal tu masuk port pukul 2 atau 3 pagi..., dia memang dah terpacak kat sana seawal mungkin. Maklumlah nama pon agen. Jadik kenalah monitor dari kapal masuk, pilot on board sampailah kapal habis kerja & ready untuk belayar. Kesian juge tengok dia. Tapi tu lah.., nak cari rezeki halal bukannya senang.
Mamy ni pon kat rumah ader je kerja yang nak kena dibuat. Nak2 lagi lepas kes tikus durjana. Nak patah pinggang hah dok menolak fridge, kabinet, meja dan bebagai lagi. Nak bersihkan dapur dari kencing & taik tikus. Mamy ni bukannye muda lagi.
Bila en. husband pulang malam semalam, dia terus p rehat. Penat sangat tu. Maklumlah dah 48 jam berjaga. mamy pon sediakanlah lauk kegemarannya.... kari kepala ikan merah! Woiiii... lazat sampai menjilat jari (hehehe perasan kejap) Lepas makan.., en husband terus terlena atas lantai ruang tamu. Alahai kesiannyer. Ader juge percubaan bangunkan dia supaya berehat di biik. Tapi..., nampak gayanya kusyen kerusi tu lebih sedap dari bantal. Hai.., biarkan je lah dulu.
Lepas mamy kemas meja makan, join anak2 belajar sampailah suruh dorang tido.., mamy kembali tengok en husband. Nyenyaknye dia tido. Kalau ader bom meletup kat sebelah dia.., konfirm tak bangun punya. So mamy layan lah tv sorang2. Layan punya crita.., eh dah pukul 11 malam. Mata dah mula nak mengantuk.
Mamy cuba bangunkan en husband. Kali ni berjaya. En. husband hulurkan tangan.., kira nak minta bantu dia duduk lah tu. Mang macam tu perangai manja dia. Masa nak duduk tu.., kreakkk... bebunyi tulang belakang. Tak pasti tulang sapa yang bunyi tu. Perasaan mamy macam tulang mamy yang bunyi. Rupa2 nya tulang kami berdua. Kami tergelak... En. husband berseloroh.... "dah tua rupanyer kita ni". Kami berdua terus gelak. Selebihnya...., shhhhh...tak payah korang tau.
1 comment:
huih, bahaya tu kalau dah sampai bunyi, pergi rehat cepat..hehe
Post a Comment