Monday, October 3, 2011

AKHIRNYA AKU DAPAT ENGKAU!

2 hari berturut-turut mamy menjalankan operasi mencari tikus durjana yang berani betul menceroboh dapur mamy. Hari pertama dia menang....tak pe..., tapi hari kedua..., kemenangan mutlak milik mamy! Nak tengok gambar tikus yang tewas dengan pelempang maut sapu lidi mamy tu? Eh toksa lah. Karang seminggu korang tak lalu makan. Hahahahah.

Rasa bersalah tu ader gak sal dah bunuh tikus tu tapi bila mengenangkan penyakit merbahaya yang dibawa olehnya..... terasa berbaloi pulak menjadi pemburu tikus. Ye lah..., untuk keselamatan anak2.

Sebenarnya mamy ni geli ngan tikus. Tapi bila darah dah menggelegak tengok taik dia kat sana sini di dapur tu... mula lah mami pasang tekad nak buru si durjana tu. Ah, korang jangan pulak panggil mamy jadik paspes kat rumah korang. Tak kuasa mamy.

Petang ni memang nak kena kerja berat kat dapur tu... cuci semua.... I really mean SEMUA alatan dapur termasuk pinggan, piring, gelas, cawan, sudu, sudip dan semua lah. Bukan takat tu je...., KESELURUHAN kawasan dapur nak kena mop dan lap dengan klorok. Nak matikan kuman lah kiranya ni. Ni dah 2 malam makan kat luar gara2 ader tikus kar dapur. Terasa kotor sangat dapur tu bila ader binatang durjana tu.

Takat ni je lah.. sembang hari ni. Sal mamy nak mulakan operasi basuh membasuh pulak. Huh! Bukan senang ni. Anyway.., doakan mamy tak cepat penat. Hehehehehe.

4 comments:

roha said...

pengalaman ni saya pernah rasa dulu2. usaha membanteras tikus. macam2 cara pakai gam la, perangkap yang ada besi tajam la, perangkap yang macam kurungan la, pukul dengan penyapu. sampai semua tikus pupus kat rumah. sekarang dah aman :)

teratak hati said...

tahniah dpt tewaskan tikus tu...hehe...xpe tikus kan membawa penyakit n mbhayakan kesihatan..mesti dihapuskan...:)

umialya said...

berjaya juga memburu tikus, tahniah

Arpiiz said...

teringat dekat rumah lama dulu.. tikus takde, tapi cencurut banyak..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...