Thursday, October 6, 2011

OH! IKAN. OH! AYAM OH! AMAZING RACE.???

As salam sume.

Masa mamy masih perawan dulu, mamy rajin p pasar ikan. Harga ikan masa tu memang murah. Masa tu sekitar tahun 1990 dan mamy berumur 16 tahun. Murah tak main2 murah beb. Bayangkan lah sekilo ikan tulai (Selayang), basung atau kembung bersaiz sederhana besar cuma RM1sekilo. Kalau musim tangkapan banyak, sekilo 50 sen. Ini harga kat pasar besar.

Ikan tulai, orang tawau panggil ikan Uji Rashid (penyanyi 70an) pasal matanya besar macam Uji Rashid.

 Ikan basung. Ini ikan favorite mamy.

Ikan kembung atau Temenung

Murah kan... & fresh giler. Kalau nak tukar selera, belilah ikan putih. Cuma RM3 sekilo saiz sederhana. Kalau nak makan mewah sikit.., belilah ikan bawal putih..., cuma RM8 sekilo saiz sederhana jugak. Kalau nak ikan free pon ader... ikan sembilang laut. Takda sapa nak beli ikan tu. Ia biasanya diletakkan di bawah meja jual. Oleh kerana terlampau banyak ikan kat Tawau ni, spesis2 sembilang ni mang tak dipandang.  So, ader sorang kawan mamy tu keja askar. Dia suke ambik ikan sembilang tu dan suruh orang rumah dia masak asam pedas. Bukan sedikit tau.., dia siap bawa karung lagi. Bijak2.

Oleh kerana harga ikan murah, so kitaorang jarang makan ayam. Pasal harga ayam mahal masa tu. Dulu yang popular Ayam Desa. Rata2 supermarket jual ayam beku je. RM24 sebungkus (2kg). Kalau nak yang segar, beli kat pasar. Pun mahal nak mati. RM10 atau RM11 sekilo bahagian dada. Nak beli sayap, lagilah mahal.

Jadik memang faberet mamy lah p kenduri ke, beraya ke pasal nak makan ayam. Memang terasa nikmatnyer.

Hari ni sume tu dah berubah. Dah hilang dah nikmat makan ayam macam dulu. Pasal dalam seminggu, 5 hari makan ayam & balance 2 hari tu, baru makan ikan. Tu pon kalau dapat. Nak tau kenapa.., pasal harga ikan kat Tawau sekarang ni dah setanding harga ayam. Kadang tu lebih mahal dari ayam. Dan yang tak bestnyer.., peniaga di pasar besar, pandai menipu. Dia tunjuk ikan lawa2 kat sebelah atas. Sekali dia cedok bahagian bawah..., hampeh. Rupe ikan itu dah macam kena aids. Mata merah & lembek. So mang malas nak ke pasar.

Ader beberapa gerai ikan kecil kat Tawau ni. Tapi tulah.., harga tak disertakan dengan kualiti kesegaran ikan tu. Tak berbaloi le citernyer. So, kalau nak makan ikan segar.., mamy & hubby pegi ke kampung nelayan Tinagat.., lebih kurang sebatu dari rumah mamy.

Ni pantai Tinagat. Selalu gak lepak sini ngan hubby & anak2.

Kat Tinagat memang best kalau nak beli ikan segar dari spesis ikan putih, ikan merah, jenahak, senangin, karapu, arut serta udang kertas pelbagai saiz. Harganya memang berbaloi dengan kesegaran ikan. Baru naik dari laut beb. Terus jual kat pondok2 tepi pantai. Tapi mesti cepat sebab kita akan berlumba kereta sambil beli ikan atau udang dengan pembeli2 lain yang rata2nya orang Cina. Macam Amazing Race. Siap pakai Double Cap dorang tu. Yang kami ni pakai Proton Saga je. Lepas dapat ikan kat satu gerai / pondok, terus naik kereta dan pergi ke pondok lain pulak. Tak boleh ambek masa lama di satu gerai..., nanti habis ikan atau udang dorang borong. Jarak race dalam 2km & jarak pondok2 ader yang dekat2 & ader yang jauh2. Mamy & hubby suke betul beli ikan di Tinagat ni. Thrill betul! Sambil race dapat juga beli lauk untuk seminggu.

Nak join? Datang Tawaulah.

2 comments:

org muo said...

harga ikan sekarang mahal berganda... takut nak beli

Unknown said...

Org muo.., Hihihi kat sini pon same.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...