As salam sume.
Malam ni nak citer pasal Nasi Bambung. Ah! Mesti ader yang dah garu kepala tu... apa ke jadah nyer Nasi Bambung tu. Sebenarnya ni bukan nama resepi. Nasi bambung ni adalah gabungan 2 perkataan iaitu "nasi" dan "bambung". Nasi... tu nasi lah. Alah yang kita biasa makan tu. Bambung pulak bermaksud penganggur. So Nasi Bambung ialah hidangan nasi yang murah... tapi sedapnyer. Nak tau rupanyer. Jom cekidaut:-
Nasi ni berlaukkan telur mata yang disiram kuah lada kering, sayur, dan sambal kering tempe goreng + semangkuk sup. Harganyer RM2 sepinggan dan hanya ader di Tawau saje. Nak tau kenapa namanya Nasi Bambung. Pasal ianya murah & sesuai untuk mereka2 yang blom dapat keje atau yang ngah poket kering tengah bulan. Sapa2 yang ngah simpan duit nak kawen ker atau nak beli kereta ker..pon suke makan nasi ni sebagai hidangan tengahari. Jimat.
Masa mamy lepas STPM dulu, mamy selalu gak makan nasi bambung ngan member2 sementara tunggu interview. Ye lah kita orang dulu interview kat dua tiga tempat. So kira dari pagilah kitaorang kat bandar tu. Nak cepat carik keje punya hal la ni. Malas nak dengar mak bising memanjang pasal tengok kita ni duk kat rumah je. So bila ader interview sebelah petang..., bolehlah makan nasi bambung. Tapi masa tu harganyer baru RM1 sepinggan. Ngamlah ngan budget mamy masa tu. Bila dah keje, time2 tengah bulan tu... poket pun tipis le juge. So ke gerai nasi bambung le jawabnyer. Tak le kembung makan roti memanjang.
Kat Tawau ni ader beberapa lokasi gerai yang menghidangkan nasi bambung. Rata2 itulah lauk standard nyer. Jangan terkejut.., gerai yang ader jual nasi bambung.., confirm penuh! Dari pegawai kerajaan, swasta, keje sendiri sampailah budak sekolah menengah yang ntah apa saja yang dorang buat kat bandar tu lepas masa sekolah.
Apapun, nasi bambung ni memang femes di Tawau. Ia jimat dan sedap.
3 comments:
owhh pestime dengar pasal name nasi bambung nih hiks
member2 selalu makan nasi bujang je.. tapi tak tau lah sama ke tak macam nasi bambung tu..
Diana...., hehehehe.
Arpiiz...., konsepnyer mungkin sama kot.
Post a Comment