As salam & selamat sejahtera semua. Dulu masa aku sekolah, aku memang cukup tak minat ngan sukan. Tau je lah. Badan ala2 montel gitu. So bila tiba musim sukan sekolah, aku macam nak tak nak je pegi sekolah. Bila habis je masa sekolah, mesti kena stay untuk acara saringan & latihan sukan. Aku paling benci bila cikgu suruh lumba lari...(saringan lah tu).Ape kena cikgu ni? Dah jelas kelihatan susuk tubuh ku yang gempal ni, sah2 lah aku tak bole lari laju. Tapi kena buat juga. Benci betul. Jadi, aku mang selalu skip saringan sukan ni terutamanya saringan lumba lari. Alih2 esoknya aku kena jemur dek cikgu pasal skip saringan sukan. Takpe lah. Aku lebih rela kena jemur atau kena rotan dari lumba lari. Jadik, sepanjang zaman sekolah rendahku, aku memang tak pernah join sukan dan jadi ratu kena jemur. Hahahahaha.
Bila naik sekolah menengah, aku masih tak suka sukan. Tapi aku sangat aktif dengan aktiviti debat, puisi, forum dan koir. Walaupun aku tak suka sukan, cikgu PJ kat sekolah tu baik sangat. Beliau tak pernah paksa aku untuk berlumba lari sebaliknya dia latih aku untuk acara lontar peluru dan lontar lembing. Sedikit demi sedikit aku mulai suka ngan sukan. Aku turut menyertai pasukan bola tampar sekolah & pasukan kami adalah antara 5 pasukan terbaik sekolah2 menengah di Sabah. Semuanya kerana cikgu PJ yang budiman & selalu memberikan motivasi untuk aku terus bersukan.
Itu cerita masa aku sekolah. Ni pulak cerita pasal anak2 aku. Mereka ni berbeza dari aku. Mereka memang suka sukan. Tahun ini anak ku yang kedua tu dah Tahun 3 & bakatnya sebagai pelumba lari mulai terserlah. Acaranya 100 meter & 4 x 200 meter.....acara yang paling aku tak suka. Kakaknya pulak macam ikut jejak aku.... lontar peluru. Dia ni tak berapa sangat nak lari. Jadi dia lebih aktif dalam perbarisan. Apa2pun aku bangga sangat dengan mereka. Sepanjang 2 minggu ni mereka memang sibuk dengan latihan sukan & perbarisan.
So, 23 Julai ni, aku akan tetap ke Kompleks Sukan Tawau untuk menyaksikan anak2ku beraksi. Pastinya aku akan memberikan sokongan moral pada mereka. Tak kisahlah mereka menang atau tak. Aku tetap bangga dengan mereka.
4 comments:
asalam..
Suka baca n3 anda..kenangan mengusik kalbu ka tu, tak apa asal sihat ya..tahniah anak2 suka sukan..
I just added your website on my blogroll. Really enjoyed reading through. Excellent information!
Really great article with very interesting information. You might want to follow up to this topic!?! 2011
Anonymous...., who ever u are.., thank u very much for stopping by.
Post a Comment