Sedar tak sedar dah 2 bulan tak berblog. Bila bukak blog malam ni.., terasa rindu yang amat nak menulis.
Malam ni nak kongsi satu cerita. Kisah ni berlaku sewaktu aku berusia 8 tahun. Masa tu arwah bapak aku masih hidup lagi.
Petang tu, aku turun bermain di bawah kolong rumah. Seperti hari2 yang lalu setiap petang aku pasti akan menghabiskan masa bermain di bawah rumah atau sekitar kampung bersama adik2 ku. Ntah macam mana, ketika menyelongkar setor, aku terpandang pisau sabit lantas aku ber "idea" untuk menebas (memotong) rumput menggunakan sabit yang aku jumpa tu.
Aku pun melibas-libas sabit tu dan aku gembira sekali melihat rumput2 yang terpotong dek si pisau sabit. Libas punya libas, tetiba aku terdengar adik lelaki ku menangis disebelah ku. Bila ku pandang...... darah bercucuran dekat mata sebelah kirinya. Aku terpaku seketika, apabila ku pandang mata pisau sabit itu..., nyata ada kesan darah. Segera ku lepas sabit itu dan ku lihat mak dan bapak aku berlari cemas ke arah adik ku itu. Aku terkebil-kebil kebuntuan. Dalam hati..... "habis lah aku kali ni"
Seperti hilang arah, ku lihat mak dan bapak ku bergegas menaiki kereta dan berlalu dari situ. Tak lama kemudian.., aku dengar kakak sepupuku menjerit-jerit memarahi aku sambil menolak kepalaku dengan jarinya. Aku menangis.
Tak lama kemudian, mak dan bapak kembali semula beserta dengan adikku. Mukanya berbalut. Rupanya pisau sabit itu hampir mengenai mata kirinya. Aku yang duduk di tangga, berasa amat takut dengan mak dan bapak. Namun kakiku seakan terpaku ditangga itu untuk menerima hukuman. Mak membebel memarahi aku. "Sikit lagi.., buta adik mu tu. Badan je besar, otak takde."
Tetiba, bapak memeluk ku. Aku yang teresak-esak berasa selamat dalam pelukan bapak ku itu. Dengan suara yang agak rendah, beliau berkata " Jangan suka selongkar setor, jangan main dengan barang tajam.., bahaya! Kalau tak adik mungkin diri sendiri yang kena. Engkau kan kakak yang tua. Sebagai kakak mesti sentiasa lindungi adik2nya. Tengok sekarang adikmu dah luka. Nasib baik tak dalam. Tak kesian dia kah?" Selepas itu.., aku dihukum tidak boleh keluar bermain & membasuh pinggan selama seminggu. Letihnya.....
Tak berapa lama selepas peristiwa itu, arwah meninggalkan kami. Aku sedih betul. Beliau memang seorang yang baik. Tak sedikit pun aku dipukulnya. Padahal kesalahan ku amat besar. Beliau menyedarkan aku.., hukuman tidak semestinya bersifat kekerasan. Ada banyak penyelesaian lain untuk menghukum anak2. Berbaloi kah kita memukul anak2 dengan teruk atas kesalahan yang dia lakukan? Apakah dia akan faham maksud pukulan kita itu? Atau mungkinkah pukulan kita itu akan menjadikannya imun dengan rasa sakit serta menebalkan sifat degil dan pendendam dalam dirinya?
Hari ni aku hidup dengan 5 orang anak2 ku. Ada masanya.., aku betul2 naik angin dengan kenakalan mereka. Namun mereka CUMA KANAK2! Meraka bermain, berlari ke sana-sini, kejap ketawa kejap lagi menangis. Biarpun kita memarahi mereka apabila berlaku pergaduhan.., mereka akan kembali bermain semula seolah-olah tiada pergaduhan yang berlaku.
Sebagai orang dewasa yang dikurniakan akal waras.., berfikirlah sebelum menghukum anak2. Hukumlah mereka dengan sewajarnya. Ingatlah.., mereka juga individu seperti kita.., yang sakit bila dipukul & berdarah bila dicederakan. Mereka mempunyai hati, fikiran dan perasan..., 100% sama seperti kita. Cuma mereka kurang matang dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment