Thursday, March 17, 2011

SAMBUNGAN CITER KUIZ SAINS

Semalam dah war2 kan yang hari ni nak aderkan Pertandinngan Kuiz Sains. Kuiz ini adalah penutup Minggu Kuiz Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang telahpun berlangsung sejak 14 Mac yang lalu.

So... pepagi lagi aku dah sibuk mencari AJK Surau untuk meminjam meja. Akhirnya.., aku dapat jugak pinjam 3 buah meja untuk acara kuiz itu.

Hah..!!! Inilah wajah2 para peserta yang beria-ia ingin menunjukkan kepintaran mereka dalam subjek Sains.




Tengok lah tu.., ketua kumpulan masing2 dah menetapkan warna tema kumpulan masing2. Smart Girl berbaju merah, manakala Kumpulan Sains Girls 'n' Boy pulak berpakaian serba putih. Eh? Baru perasan...., macam Bawang Merah Bawang Putih pulak. Hehehehe. Dorang ni bukan main semangat sampai siap2 buat poster lagi. 

Yang ni pulak.., pembantu aku untuk mencatat markah.
Dia ni pon pelajar kelas tuisyen aku. Dia baru Tahun 2. Semalam,  dia nangis masa kat kelas sebab takde sapa nak amik dia jadik anggota kumpulan. Alih2 aku pujuk dia untuk menjadi pembantu khas aku yang mempunyai tanggungjawab BESAR untuk mencatat markah. Bila dia dengar yang dia adalah orang penting dalam acara itu.., terus.... tersenyum lebar walaupun masih ader sisa airmata yang mengalir di pipi. Adoi mak!

Pertandingan berlangsung selama sejam, bermula dari pukul 9 - 10 pagi. Untuk 2 pusingan pertama.., kedua-dua kumpulan seri. Wah!! Sama kuat sama bijak. Namun, disaat pusingan ke3 dan ke4 berakhir, Kumpulan Sains Girls 'n' Boy banyak melakukan kesilapan sehingga mereka ketinggalan 3 mata. Kumpulan Smart Girl pulak bijak mencuri mata setelah berjaya menjawab soalan2 yang dijual kepada mereka setelah kumpulan serba putih tidak berjaya menjawab dengan betul. Sungguh sengit! Sungguh hebat!

Akhirnya,  Smart Girl yang serba merah berjaya menggodol hadiah utama dan Kumpulan Sains Girls 'n' Boy menduduki tempat kedua. Inilah wajah2 gembira mereka sejurus menerima hadiah.




Begitulah berakhirnya Minggu Kuiz Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sempena cuti sekolah. Dan esok kelas aku akan mula bercuti dan kelas akan dibuka semua pada hari Isnin depan (22/3/2011). Yeahhhh!!!!Sekarang aku pulak yang gembira sakan!!!!!!


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...