Wednesday, March 16, 2011

ESOK ADER KUIZ SAINS

Wah... penat sungguh hari ni. Dari semalam aku mang tak menang tangan. Lepas My Sleeping Angel Contest ditutup.., banyak sungguh kerja yang perlu di buat terutamamnya mereview kembali kesemua contestant bersama juru audit yang bertanggungjawab untuk memastikan kesemua peserta ditapis mengikut syarat2 contest. Juru audit ni tegas sangat lah..(hehehe maaf En. Auditor)... ader je yang tak menepati syarat dia terus kuarkan dari senarai. Sampai aku pon berdebat sakan dengan dia ni. Ye lah.., kalau ikutkan aku sume pun aku nak masukkan dalam senarai suku akhir. Tapi sume ni kerja mereka yang pakar.., aku ni penganjur & tukang sponsor hadiah je. Ah.. lupakan. Nanti gemuruh pulak peserta yang membaca n3 ni.

Actually, sejak cuti sekolah bermula.., kelas aku tetap on. So untuk mengurangkan rasa stress pelajar2 aku. aku mengadakan MINGGU KUIZ BAHASA INGGERIS, MATHS DAN SCIENCE. Bermula dari hari Isnin yang lalu dan disertai oleh pelajar2 ku sahaja. Hadiah?! Mestilah ader. Nama pon kuiz kan. Kalau tak de hadiah, mana syok. Nanti budak2 boring.

Esok adalah kemuncak Minggu Kuiz. Oleh kerana aku ader menerima penyertaan dari pelajar2 yang tinggal berdekatan tetapi tidak belajar di kelas aku..,jadi esok pertarungan mesti sengit untuk merebut hadiah hamper. Nampak gayanya.., semua dah tak sabar untuk mengenengahkan kebijaksanaan masing2 dalam menjawab soalan2 Sains. Masing2 berkepit dengan buku Sains dorang. Hehehehe..... ade2 je lah budak2 ni.

Walau apa pun esok aderlah penentuan. Aku tak jemput penonton, tapi kalau ader sesiapa yang lalu-lalang kat depan rumak aku dan ingin singgah menonton.., aku tak larang. Lagipon, kali ni kuiz akan diaderkan di perkarangan rumah. Kira kasual sikit le.

Semoga berjaya kepada semua peserta kuiz!!!!! 

2 comments:

hazari. said...

ingatkan kat blog, macam yang meteor hari tuh. haha.

Hidayati said...

Hahaha.... ni sempena cuti sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...