Terima kasih kerana mengunjungi laman blogku. Kalau suka ceritaku, tinggalkan respon ikhlasmu. Paling tidak, jerit pada chatbox ku. Sambil tu, sudi2 kan lah menjadi followerku.
Thursday, March 3, 2011
IBU TIRI
Hari tu citer pasal keganasan rumahtangga . Pagi ni pulak nak kongsi pasal ibu tiri. Benarkan semua ibu tiri itu jahat, ganas, bengis dan suka mendera? Kita selalu lihat drama atau senetron dari kaca tv tentang kejahatan ibu tiri yang suka menyiksa anak2 tirinya. Malah kisah sedemikian turut dipaparkan dalam banyak dongeng Melayu. Antara yang paling popular ialah Kisah Si Bawang Merah & Si Bawang Putih. Uihhh sadis betul citer tu. Memang ganas mak si Bawang Putih tu.
Masa kecil dulu aku dipelihara oleh ibu tiriku. Arwah bapaku mempunyai dua orang isteri. Arwah tidak mempunyai anak dengan isteri pertamanya, lantas mengahwini mak ku. Maka lahirlah kami 4 beradik.. Padaku, mak tua (ibu tiriku) seorang yang baik dan penyayang. Dia tidak pernah memukul atau mengherdikku. Dia menyayangi aku dan selalu mengikut kehendak ku. Akhirnya aku menjadi seorang yang sangat manja dan selalu pentingkan diri. Bila aku diambil semula oleh mak ku, aku selalu memberontak sebab kehendakku tidak dituruti. Tapi semasa aku berada dalam jagaan mak aku, aku belajar untuk sensetif pada perasaan orang lain dan mengalah pada adik-beradikku yang lain. Aku belajar.., bila buat sesuatu mesti ikhlas dan tidak mengharapkan sesuatu sebagai pulangan. Akhirnya.., jadilah aku yang sekarang.
Namun berlainan pulak situasinya pada anak saudaraku yang sorang ni. Dia seorang budak lelaki yang sangat rajin. 2 orang adik perempuannya pun rajin buat keje rumah. Bayangkan, kalau ader tamu bertandang ke rumah mereka.. siap minuman panas terhidang tanpa ader sesiapa yang menyuruhnya buat. Seawal pukul 6 pagi dia sudah bangun masak bubur untuk adik kecilnya. Bukan bubur kosong ya.., bubur ayam atau bubur ikan. Sedap dia masak. Setiap hari itulah rutinnya. Kerja2 di dapur dialah yang kontrol, Dari masak nasi, masak lauk, masak air, basuh pinggan (sekali-sekala dibantu oleh adik2 perempuannya) sampailah cuci pakaian. Nak tau umur budak ni? Baru 13 tahun. Adik2 nya pulak baru berusia 8 dan 10 Tahun. Dia tinggal dengan ayahnya dan ibu tirinya yang baru melahirkan anaknya yang kedua.
Baru2 ni kami dikejutkan...., anak saudaraku yang rajin dan baik hati ini lari dari rumah!!!! Kenapa??? Ke mana? Kami panik seketika. Semua orang yang dikenali di telefon bertanyakan kalau2 dia singgah ke rumah mereka. Namun hampa. Lebih kurang pukul 11 malam kami menghubungi mak (opahnya lah). Rupa2nya dia di sana. Emak memberitahu kami supaya tidak mengambil dia malam tu. Biarlah dia berehat di sana dalam beberapa hari.
Rupa2nya dia penat & lapar. Di rumahnya, selain dia mengerjakan rutin hariannya dia jarang sekali dapat makan. Bila ayahnya pulang kerja.., barulah dia dapat makan. Menjadi kebiasaanya dia terpaksa mendukung baby sementara ibu tirinya makan. Kalau kami ader di rumahnya. Aku selalu larang dia dukung adiknya tu dan menyuruh dia letak adiknya diatas tilam.. pas tu terus join kami makan. Bila ibu tirinya tarik muka masam, aku segera tegur.., jangan biasakan baby di pegang terus. Nanti bila si tukang pegang nak makan.., lauk dah abis. Apalah si tukang pegang tu nak makan. Si ibu tiri bukan reti nak tinggalkan lauk. Itu pon tak boleh pikir. Aku ni hah... beranak 5. Tak de sorang pon anak aku yang tolong pegangkan baby masa aku makan. Aku biasakan baby tidak terlalu dipegang. Bila tiba masa makan, aku letak je baby berhampiran denganku. Sume orang kenyang.. sume orang senang hati.
Ini ke hulu ke hilir baby tu dipegang. Sampai semua mengharap anak2 tirinya yang buat. Bayangkan.., kadang tu sampai pagi budak tu mengayun atau mendukung baby. Maknye.., tak taulah buat apa. Pas tu.., hari sabtu, pagi2 buta anak2 tirinya tu di kasi bangun & cuci tingkap. Sudahlah tido tak cukup, makan tak cukup di suruh lagi buat keje yang sepatutnya dibuat oleh orang dewasa. Biar betul dia ni. Kalau aku pon.., kojol jawabnya. Macam manalah budak tu tak lari dari rumah. Nasib baik dia p rumah opahnye. Kalau dia p tempat lain. Kan haru.
Malam tu kami berkumpul adik-beradik. Bermusyawarah dan mencari penyelesaian. Aku turut membedil adik aku kerana kecuaian nya menjaga anak2. Anak2 anugerah Allah. Sudah selayaknya mereka di layan seadilnya. Jika berlaku kesilapan.., itu bukan berpunca dari mereka. Kitalah yang bertanggung jawab atas semua yang berlaku. Kita yang mencorak hidup mereka bahkan kita juga ibarat cermin untuk mereka mencari siapa diri mereka yang sebenar.
Jadi, siapa pun mereka.., bersikap adillah pada mereka. Iringi dengan belas kasihan. Insya'Allah.., mereka akan lebih mengasihi kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
13 tahun ? boleh bangun awal, masak bubur lagi ? wahhh..
eh, baby yg dia jaga tu, mesti adik tiri dia kan ? isk.
GERAAAMMMMMMM!!!!
sapa yang lari ni? Iqbal? Dewi? atau? mesti Iqbal kan..
sangat marah okay! pantang betul keluarga kita, time makan ada yang d kemudian kan, lebih2 kalau sbb pegang baby kan..pantang..sangat pantang!!!
isk, walau anak sedara jauh, tetap anak sedara juga..gerammmmm..sangat geram!!
Post a Comment