picture by google
Tapi mengapa bila dah kahwin, semuanya berubah. Usia perkawinan baru mengijak setahun lebih tapi rasa jemu dan mual melanda setiap kali melihat isteri yang dulunya dipuja2 siang dan malam. Tak cukup dengan tu, rasa jengkel mula terasa lantas tergamak memukul, sepak dan terajang isteri. Apa benda tu??!!! Apa hak seorang suami memukul isterinya tanpa sebarang alasan atau kesalahan? Hanya sekadar melayan rasa marah dan jengkel lantas menelampiaskannye ke isteri.
Dalam Islam ader beberapa perkara yang membolehkan seorang suami memukul isterinya dengan syarat pukulan nya itu bukan di muka dan tidak sampai mencederakan isterinya. Pukulan haruslah sekadar sebagai peringatan dengan niat untuk menginsafkan.
Tapi bila dah sampai lebam sana sini, mata merah macam nak terjojol, patah tangan..., itu bukan pukulan menginsafkan...itu dera!!! Dan seorang suami yang memukul isterinya boleh disabitkan hukuman penjara jika perkara itu di laporkan kepada pihak berkuasa. Bukan itu saja, talak boleh jatuh kerana lafaz takliq telah menyatakan jika suami mu memukul dan mencederakan kamu, maka akan gugur talak satu.
Habis tu mengapa penderaan ini terus berlaku? Jawapannya SAYANG.
1. Seorang wanita yang menjadi mangsa dera, enggan melaporkan suaminya kepada pihak polis kerana dia SAYANG & tak sampai hati melihat suami masuk penjara.
2. Seorang wanita yang menjadi mangsa dera, enggan keluar dari rumahnya kerana dia SAYANG kan anak2 & rumahtangganya.
3. Seorang wanita yang menjadi mangsa dera, rela terus di dera kerana dia SAYANG & yakin suaminya akan berubah suatu hari nanti
Dia SAYANG kepada semua yang ader di sekelilingnya.., tapi mengapa dia TIDAK SAYANG pada dirinya sendiri?
Bangkit dari mimpi ngeri!!!! Keluar dari rumah dan dapatkan bantuan pihak berkuasa adalah jalan yang terbaik. Tiada larangan dalam Islam untuk seorang wanita itu keluar dari rumahnya jika ia berada dalam situasi bahaya.
Fikir2 kan.
4 comments:
salam ziarah dari UK :)
nice info, thanks for sharing :)
jom join Heartbeat!
kalau sayang sampai boleh bawak maut, lebih baek benci pulak.
salam
rasa seram lak nak kawin..huhu
cinta semakin hilang lepas kawin...
http://says.my/faralyssa/jobscentral2
Post a Comment