Emmmm... dah lama rasanya tak berblogwalking. Sejak My Sleeping Angel Contest berakhir, rasanya tak sempat nak jenguk blog kengkawan. Tapi malam ni, aku puas hati sal dapat berjalan2 mengunjungi laman blog kengkawan yang dah lama tak diterjah.
Dalam jalan2 tu, singgahlah kejap tengok citer terbaru Hana Kirana. Aku dah follow blog dia ni sejak awal tahun ni lagi. Dulu aku pernah gak join Fashion Bag Lucky Draw anjuran beliau. Jadik malam ni terpanggil pulak untuk join contestnya yang ke3 iaitu Celebrate Our 4th Anniversary contest . Macam best je ni. So, aku nak cuba nasib lah ni. Sesiapa yang berminat sila klik banner ye. Tarikh tutup contest ni pada 30/3/2011. Jadik.., apa tunggu lagi......, jom lah ramai2 kita meriahkan.
Kategori B
Ikatan perkahwinan ialah penyatuan dua insan yang berlainan latar belakang, kegemaran, sifat semulajadi, bangsa atau agama. Mereka bersatu atas nama kasih sayang & cinta serta mengharapkan agar mahligai yang dibina akan kekal sehingga akhir hayat. Tahniah kepada Hana & suami sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke4.
Dalam hidup berumah-tangga, tak kira berapa tahun pun kita bersama wajib sentiasa disirami rasa cinta beserta sulaman kasih sayang dengan iringan rasa sabar terhadap karenah pasangan. Setiap hari adalah hari baru untuk kita lebih mengenali pasangan hidup kita dan mencari keserasian untuk terus bersama dalam lingkaran cinta abadi.
Dalam menempuhi hari2 mendatang, ada kalanya timbul rasa bosan dek kepenatan bekerja. Jadi, apa kata sempena menyambut ulang tahun ke 4 perkahwinan, Hana dan suami bermanja diri di spa. Berurut, berlulur, mandi wap atau mandi bunga dapat meredakan ketegangan dan menyegarkan badan. Tak salah bukan, jika ulang tahun ini disambut dengan rawatan badan seperti persediaan untuk kejinjang pelamin. Pastinya memori indah itu akan menggamit rasa rindu dan menghangatkan kasih-sayang antara Hana dan suami. Selepas bermanja diri, perut tentu lapar. Teruskan dengan candle light dinner dibawah sinar bulan purnama. Raikan cinta anda berdua. Semoga kekal hingga ke anak cucu.
1 comment:
Terima Kasih kerana sudi menyertai Contest kite.. tq for the suggestion
Post a Comment