Tuesday, February 22, 2011

LAIN YANG DIRACUN LAIN YANG MATI

Kebimbangan melanda hati kerana serangan tikus yang berleluasa khasnya sejak musin hujan ni. Aku memang tak boleh nampak tikus. Geli satu badan. Kadang tu sampai terasa tak bersih serba serbi dek kehadiran Cik Ti. Kebelakangan ni dah jadik rutin aku membersihkan bekas tapak kaki dan najis tikus di sekitar lantai dapur. Benci betul aku!!!! Alih2 terpaksa basuh lantai dengan clorox setiap pagi  untuk membasmi kuman. Rumah aku ni kan ramai budak. Kalau tak buat macam tu..., nanti penyakit pulak yang datang.

So, husband pon belilah racun tikus yang rupanya seakan-akan dedak ayam dan mempunyai aroma seperti Friskies. Petang tu, husband letak le racun tikus kat luar sambil mengingatkan aku agar tidak membenarkan anak2 bermain d halaman. Takut pulak mereka bermain dengan racun tikus tu. So, aku bukan takat kunci grill pintu depan dan belakang.. siap sorok lagi kunci tu.

Esoknya, husband check racun tu. HABIS!!! Dia segera melupuskan tempat racun & sisa yang terdapat disekitarnya. Dua hari kemudian aku menemui bangkai tikus dekat pokok mangga. Seekor je? Kata racun habis, napa seekor je? Getus hatiku gusar. Malamnya tu ader bunyi bising kat atas bumbung rumah aku. Bising sangat. Aku risau tapi husband cakap mungkin ader monyet sesat atau kucing bergadoh. Tapi takde pulak bunyi kucing. Aku ni curious sangat. So, malam2 buta tu (pukul 12 lebih) aku kuar kejap untuk melihat apa benda jugak yang bising sangat. Tapi keadaan gelap dan aku tak dapat melihat apa2 cuma kedengaran bunyi dengusan dan hentaman pada bumbung rumah. Diserang rasa seram.., aku segera berlari masuk rumah lantas kunci pintu. Husband geli hati melihat gelagatku.

Paginya, masa aku jemur kain.., aku tak nampak apa2 yang pelik cuma tedapat lekak-lekuk pada bumbung rumah tempat aku mendengar bunyi bising semalam. Aku pun tak le syak yang bukan2 cuma tertanya-tanya.. bunyi apa semalam tu ya. Bila senja mula menyapa.., aku terhidu bau bangkai. Tapi tak kuat sangat. Mungkin ader tikus mati akibat racun. So, aku pon tak le risau sangat.

Hari semakin gelap.., bau bangkai semakin kuat. Aku mulai risau. Sepanjang malam aku tak lena kerana terganggu dengan bau busuk yang semakin kuat. Aku sangka aku sendiri je yang terhidu bau busuk tu. Rupa2nya husband pon terhidu jugak. Azan subuh bergema. Kami masih tidak lena. Lantas dia nekad untuk mencari punca bau busuk yang semakin menusuk.

Dalam kedinginan pagi, husband naik ke bumbung rumah. Dan alangkah terkejutnya dia melihat ader seekor kucing mati di saluran pancuran tempat air hujan mengalir ke tanah. Agaknya kucing ni lah yang telah melicin-licaukan racun tikus tu. Orang kata, sapa2 yang terkena racun akan pergi mencari air.

Adoi... ni lah kata orang.. lain yang nak di racun lain pulak yang mati.

p.s: Kucing yang mati tu bewarna hitam. Aku panggil dia Puma, sebab sebijik macam harimau hitam tu. Mang selalu datang rumah untuk menanda kawasan. So kejenya kencing sana sini. Tak sangka ia pulak yang mati. Ntahle kucing siapa tu.

4 comments:

munna said...

kesiannya kucing tu... tikus mmg bahaya lah kak... baru2 ni masa melawat arwah BIL semasa di hospital ...lelaki katil sebelah ada kena warded sebab termakan makanan yg dah kena kencing tikus...

sicKo^ said...

kesian kucing tu.. Sape suruh dia makan racun tikus tu, kan dah kena..

Budak Botak said...

alamak, kucing Bdk Botak, patut la x balik2, hue...

cian kucing tue, dia igt makann la kot, he3...

Unknown said...

Haiii.. akak pon kesian gak ngan nasib si Puma. Padahal masih teringat-ingat lagi akak kejar dia sambil bawak sapu lidi pasal suke sangat kencing tepi pintu. Biar pon akak suka halau dia pakai penyapu lidi, dia tetap suka datang rumah akak. Rasa berdosa pulak ngan si Puma.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...