Monday, February 7, 2011

KENAPA AKU NI YA???

Salam semua. Dulu masa sekolah, aku ni memang tak suka Sains. Bagi aku, subjek tu susah sangat nak masuk kepala hotak aku ni. Bila tiba je masa Sains.., macam beku tiba2 otak aku tu. Sampai tak dapat nak dengar suara cikgu kat depan. Alih2 masa Penilaian Darjah 5.., aku dapat C untuk Sains.

Itu masa aku sekolah rendah. Bila naik Tingkatan 1.., aku masih tak suka Sains. Nasib baik cikgu Sains masa tu best giler kalau dia mengajar. Dengan tak semena-mena..., aku jadik Sains Nerd. Suke yang teramat dengan Sains. Paling aku suka bila p makmal. Macam2 ujikaji yang dibuat. Walaupun aku suka Sains, tapi aku cukup tak minat time belah2 haiwan. Eeeeyuuuu! Geli!

Time aku dulu, masa tingkatan 4 baru belajar pasal mikroorganisma dalam cabang Biologi. Aku suka sangat topik ni. Aku ingat lagi masa tengok yis bawah mikroskop... macam satu bandar alien. Teruja sesangat. Tapi sekarang topik ni dah mula diajar sedari Tahun 5. Advance betul. Begitu juga dengan subjek angkasa lepas yang lebih banyak selitan dalam Fizik. Oleh kerana aku berada dalam aliran Sastera, jadik subjek Sains tidaklah serumit aliran Sains.

Bila dah tua ni..., aku semakin suka dengan Sains.. terutamanya yang melibatkan Fizik dan Kimia. Kat rumah aku, ader banyak buku2 Sains untuk aku rujuk bila datang gian nak membaca. Dari Sains untuk Tahun 1 sehingga yang advance. Tak cukup itu.., aku google untuk mendapatkan maklumat & jawapan yang berlegar-legar di kepalaku ni...., kenapa begitu? Mengapa jadi begini? Apa alasan yang paling logik? Dan macam2 soalan yang selalu timbul tatkala aku buat sesuatu. Tak kira apa. Macam, kenapa laut berwarna biru? Apa faktor penyebab buih sabun tak tahan lama di udara? Apa kegunaan daya geseran? Penjelasan mengenai tenaga keupayaan (naik bukit) dan tenaga kinetik (turun bukit)..., mengapa payah sangat nak naik bukit dan mudah sangat bila turun bukit? Dan macam2 lagi yang selalu bermain di kotak fikiran aku.

Mengapa aku begini ya? Perlu ke aku fikirkan sume ni? Mengapa aku sentiasa tak puas hati bila aku tak tahu mengapa dan bagaimana ia berlaku? Arggggg!!!

Rupa2nya..., Sains adalah kehidupan. Setiap benda yang aku lakukan ader aplikasi sains dibelakangnya. Jadi selama ini aku hanya cuba mencari penjelasan logik.

5 comments:

Gen Fujita said...

Biasa ler tu. Dulu masa zaman sekolah agak benci sejarah. Sekarang suka pulak. He he he...

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

dear, dah register Heartbeat ke?jom register tengok kat blog kita

hazari. said...

matematik laa ~~ hehe. sains boleh terima lagi. sampai je matematik, adei ~~ tapi nasib baek sempat blajar skit skit utk spm.

tapi, kalau sains, bab2 berkaitan angkasa paling best.

Unknown said...

Anje.., thanks tapi dah register melalui blog Elle D' Norizi. Bila singgah ke blog2 yang ader Heartbeat...saya tak pernah lupa klik2.

Hazari.., akak pun sangat minat dengan Matematik. Nak2 lagi dalam bahasa Inggeris ni.., rasa lebih jelas dari BM.

hazari. said...

kalau BM, die translate macam tak translate. ejaan jadik macam tak ngam. so, kalau dalam bahasa inggeris, memang, lebih mudah nak faham istilah2 tertentu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...