As salam. Dari blog ke blog aku berjalan, lantas singgah ke blog Syafiq Ariffin. Bait demi bait ku baca dan kuhayati n3 terkininya. Sungguh tak sangka, aku banyak melakukan kesalahan dalam mengungkap kata Salam kepada saudara2 seagamaku. Aku mohon ampun!
Aku sering menggunakan singkatan "A'kum" ketika berSMS dan sering mendengar orang2 disekitar ku mengungkap perkataan "semekom" sebagai nada lawak ketika memberi salam. Rupa2nya dengan mengucap atau menulis atau menaip semasa berSMS, kedua-dua perkataan "A'kum" & "Semekom", kita sebenarnya sedang mengherdik saudara2 kita.
Jika anda sekalian sedang singgah di blog ku ini, singgahlah sekejap ke blog Syafiq Ariffin. Mudah2an perkongsian ilmu ini dapat memperbaiki adap kita mengucapkan ASSALAMUALAIKUM kepada saudara seagama, kerana ader perkara yang dianggap remeh sebenarnya boleh membawa kecelakaan kepada diri sendiri dan orang yang ditujukan salam. Nauzubillah.
2 comments:
woooo..baik..akan ingat..huhu..selalu lau bgi slam pon dah memang jga..kdg2 dalam msg je..salam ikut suka ...
sekarang ni taip 'askum' atau 'salam' je.. mudah. hehee, kalau nak tulis panjang, takut salah lah pulak.
Post a Comment