Monday, February 7, 2011

ESOK M3 SABTU KELAS TAMBAHAN

Baru je abis marking kertas ujian bulan Januari. Keputusan amat memberangsangkan. Mungkin baru topik pertama kot. Petang tadi salah seorang pelajar aku bertanya akan markah ujiannya. Katanya dia akan kena pukul kalau dapat C. Kesian pulak aku dengar. So aku jawab dengan jujur padanya sambil melihat ke dalam anak matanya.
"Untuk kertas English & Science....kamu tak akan dapat C sebab markah kamu lebih dari B." Dia sungguh gembira dan aku tak pernah nampak budak jawab soalan Maths dengan happy sekali. So, petang tadi mereka menghabiskan kertas ujian terakhir iaitu Math 1 dan 2.... sekali lagi keputusannya amat baik sekali. Budak ni lah yang aku ceritakan hari tu. Mudah2an dia akan terus berkembang dan maju dalam pelajarannya.

Esok.., M3 (Maths) topik yang paling aku gemar dan paling aku cun buat. PECAHAN (FRACTION). Ntahlah.., aku suke giler topik ni. Bila kita faham pecahan, maka amat mudah nak selesaikan masalah Perpuluhan (Decimal) & Peratus (Persentage). Kat sekolah, memang dah mula topik ni.., cuma aku  sengaja mengambil masa lama sikit menghabiskan topik Nombor Bulat (Whole Number). Ini memang cara ku. Biasanya aku mula lewat sikit bagi memberi laluan kepada guru2 sekolah memulakan topik tersebut. Bila aku mula mengajar, aku biasanya cuba membaca reaksi & gerak tubuh pelajar2 ku akan tahap kefahaman mereka terhadap topik yang telah mereka pelajari di sekolah. Dengan ini, aku dapat mengkaji sejauh mana aku dapat membantu mereka menguasai topik tersebut dengan lebih baik tanpa mempertikaikan teknik guru mereka di sekolah atau pun bercanggah dengan apa yang diajar di sekolah. So, memang tiada ayat2 "Eh, di sekolah lain kami di ajar" keluar dari mulut pelajar2 aku. Aku amat menyokong usaha guru2 di sekolah. Aku cuma sekadar membantu mereka yang mungkin sedikit tercicir semasa di kelas.

Bermula dari 12/2/2011, aku akan membuka kelas tambahan pada waktu pagi bagi mengajar subjek Science bagi pelajar Tahun 4 dan 5. Subjek Science bagi Tahun 4 dan  ke atas mempunyai lebih cabang dari Tahun 3 ke bawah. So, aku rasa keputusan untuk membuka satu kelas pada hari Sabtu akan lebih membantu mereka memahami topik2 dalam Science.

Waaahaaa...mengantuknya. Aku tido dulu lah. Sekarang dah dekat pukul 11.20 malam. Mata ku ni.., berat semacam. Bah.., selamat malam semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...