Thursday, February 24, 2011

BERKAT SABAR DAN USAHA

Anak aku si Kak Jaja balik dari sekolah dengan wajah yang amat sedih. Segera ku tanya kenapa. Dia memberitahu aku yang budak2 satu bas skolahnye memanggilnya gergasi. Memang anak aku ni agak besar orangnya berbanding umur. Dia tidak gemuk cuma mempunyai rangka tulang yang agak besar dari budak2 sebayanya. Sapa2 tengok dia mesti sangka dia ni dah tingkatan 1. Begitu jugak dengan C Abang Chik. Sekali pandang orang tak sangka dia ni baru darjah 1 sebab orangnya tinggi dan besar.. macam budak darjah 3 atau 4.  Mungkin keturunan kan.

Berbalik pasal c Kak Jaja. Aku nasihatkan dia agar bersabar kerana dia sebenarnya sangat spesel dari orang lain. Pedulikan kata2 negatif orang. Lambat laun dorang akan penat juga tu.

Melihatkan keadaan Kak Jaja, aku teringat masa aku sekolah rendah dulu. Berbeza dengan Kak Jaja.., badanku memang gempal. Aku selalu jadik bahan tertawa budak2 sekolah terutamanya budak lelaki. Dorang selalu panggil aku Si Gendut. Ke mana je aku pergi.., ke kantin ke, padang sekolah ke..., pokoknya kawasan sekolah.. pasti ader suara2 sumbang " Si Gendut datang." Sakit betul hati aku. Aku bukan nak join dorang main pon tapi dorang tetap olok2 aku dengan panggilan itu.

Kak Jaja amat beruntung kerana dia boleh mengadu pada ku dan aku sedaya upaya akan menaikkan semangat nya agar dia tidak terus murung dengan masalahnya. Aku dulu nak mengadu dengan siapa? Pada mak? Mungkin tidak . Aku hanya mampu bersabar. Hanya air mata peneman diri tak kala diri ini menjadi bahan ketawa budak2 tu.

Apa yang aku nasihatkan pada anak aku...." belajar sungguh2 sampai jadik pelajar yang terpandai di kelas dan kalau bolah yang terpandai di sekolah, sebab bila kita pandai orang akan segan dengan kita." Dan itu lah yang aku lakukan dulu. Apabila aku merangkak ke Darjah 4, aku adalah antara budak yang terbijak di sekolah khasnya dalam pelajaran Bahasa Inggeris. Masa tu rata2 budak di sekolah aku tersangat lemah dalam subjek itu. Bila aku speaking je.., confirm dorang ternganga. Apa lagi bila aku menjawab pertanyaan cikgu dalam bahasa Inggeris... perghhh. Aku banyak memenangi pertandingan2 yang melibatkan penggunaan bahasa Inggeris. Sampai akhirnya.. budak2 lelaki yang nakal tu tidak lagi mempersendakan aku. Malahan bila aku lalu depan mereka.., mereka senyap dan membiarkan aku berlalu pergi.

Aku sangat berharap anak2 ku akan tetap bersemangat dalam menjalani hari2 mereka di sekolah. Masalah akan tetap menyapa tapi kita harus kuat menghadapi cabaran hidup dan berusaha untuk mengatasinya tanpa menyebabkan pergaduhan. Sesungguhnya, sabar dan usaha yang tak kenal penat akan sentiasa membawa kita ke mercu kejayaan.

1 comment:

hazari. said...

wah, tahniah kak. hazari tak penah lak join contest ape2 dlu kat skolah. haha. eh, tapi kan normal untuk budak perempuan ada susuk tubuh yang lebih besar drpd budak lelaki. terutamanya pada umur2 awal remaja.

biase lah, kalau macam darjah 5-6.. budak2 perempuan memang lebih tinggi daripada budak lelaki.

pernah dulu hazari kene panggil "pendek" oleh kawan2 perempuan mase skolah rendah. hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...