kalau nak citer pasal zaman kanak2 aku... memang panjang. Tapi zaman kanak2 aku penuh dengan kesedihan. Walau begitu, aku tetap tak nak mengalah dengan kesedihan.
Aku anak pertama dalam turutan adik-beradik seramai 4 orang. Mak aku pulak isteri kedua bapak aku. Masa bapak mengambil keputusan untuk berpindah ke tanah sendiri di Kg Tanjung Batu Keramat, mak aku lah satu2nya orang semenanjung yang tinggal di kampung tu. Bapak aku pulak bekas Ahli Dewan Negeri Kawasan Merotai. Arwah meninggalkan aku seawal usia 8 tahun, adik kedua ku berusia 7 tahun manakala yang adik lelaki yang ketiga dan keempat... 5 dan 3 tahun. Kecil sungguh umur kami ketika arwah pergi menemui Allah. Masih sangat memerlukan kasih sayangnya.
Selepas arwah bapak meninggalkan kami 4 beradik, mak mulai murung. Saban hari sedih sampai lupa masih mempunyai anak2 kecil yang memerlukan penjagaan, makan dan minum. Namun sume itu tenggelam dek murung yang teramat sangat. Ada sekali tu.., adik bongsuku begitu lapar sehingga dia makan lipstik mak aku. Sedihnya kalau ku ingat.
Aku mengerti kepiluan mak. Beliau sebatang kara di kampung itu. Penduduk kampung pun tak berapa suka dengan mak aku hanya kerana dia orang semenanjung. Masa itu, masih wujud individu khasnya penduduk kampung yang tak suka pada orang semenanjung. Tak tau lah kenapa. So, mak aku memang betul2 terpinggir & kesepian.
Oleh kerana aku kakak yang tua, maka akulah yang mengurus rumahtanggah termasuk masak untuk mak & adik2, mengurus pakaian mereka untuk ke sekolah dan macam2 lagi. Aku turut mengajar adik aku yang berusia 7 tahun tu untuk masak nasi..., supaya ringan sikit beban aku di dapur. Mak aku seakan kehilangan akal warasnya. Dia hanya termenung sepanjang hari.
Pada usia 10 tahun aku sudah pandai naik bas ke bandar untuk menjelaskan bil elektrik, belanja barang dapur di pasar dan menemani mak aku ke pejabat bendahari untuk mengambil cek pencen pada setiap bulan. Pada masa ni mak sudah mulai pulih.
Bila tiba hari raya, aku dan adik perempuanku lah yang paling sibuk membantu mak di dapur... menyiapkan rendang & ketupat. Aku rasa rendang mak aku lah yang paling sedap! Aku sayang sangat ngan mak aku. Padaku, dia bukan sengaja mengabaikan kami adik-beradik. Dia cuma insan biasa yang tersepit di tengah2 situasi yang amat memilukan.
Hari ini mak aku masih tinggal di rumah peninggalan bapak. Meniti hari2 senjanya dengan cara yang paling dia suka...., membaca Al-Quran dan menonton siaran Asrto. Beliau enggan keluar rumah. Mungkin dia terlalu terguris dengan perbuatan orang kampung.
Tak pe lah mak..., biarlah kami terus berbakti padamu selagi hayat di kandung badan.
4 comments:
mak hadiah yang terindah..balaslah jasa selagi hayat dikandung badan
ade jugak yang anti-orang semenanjung ? ohhh, teruk.
emosi sesuatu yg sgt berbahaya... kenapa
Hazari..., itu cerita akhir tahun 70-an dan awal 80-an. Ketika itu, memang kuat perasaan tak suka pada orang sememnanjung. Sampai aku pun tak berani nak ngaku berdarah campuran semenanjung in order untuk mendapatkan kawan. Memang payah. Tapi sekarang sudah jauh berbeza. Masyarakat Tawau telah mula bergaul dengan masyarakat semenanjung. Penerimaan terhadap orang semenanjung jauh lebih ketara dan lebih baik.
Jo..., imosi memang bahaya kepada diri sendiri dan orang sekeliling jika kita terlalu tenggelam dalamnya. Tapi jika kita tiada imosi.., jadilah kita manusia yang tiada perasaan, tiada belas kasihan dan tidak sensitif pada perasaan orang lain.
Post a Comment