Petang ni aku menghabiskan masa berblogwalking through shoutmix aku. Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni.
Dalam jalan2 tu singgah sebentar di blog Cempaka Biru . Aku benar2 tersentuh menerusi n3 nya yang bertajuk Luahan Hati Seorang Guru . Rupa2nya masih wujud lagi kalangan ibubapa yang liat nak bayar yuran sekolah. Kenapa begitu? Kadang- kala aku pelik. Ada orang sanggup bergolok bergadai hanya nak tambah barang dalam rumah macam tv baru, peti ais baru...., tapi bila tiba pasal nak bayar yuran sekolah..., kita tarik muka masam.
Itukan tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Di zaman ini ramai sebenarnya orang kita yang dah keluar dari kepompong kemiskinan. Kalau tak mampu pun, hanya atas sebab diri sendiri yang tak beringat. Kalau nak difikir logik... duit RM1 disimpan hari2 selama 365 hari dah jadi RM365. Lebih dari cukup membayar yuran sekolah seorang anak. Kalau ader 3 orang anak..., simpan RM3 sehari selama 365 hari (setahun le tu).. dah jadik RM1095. Bayangkan... cuma RM3 sehari dah boleh dapat sebegitu banyak...kalau DIKUMPUL.
Aku rasa, kerajaan dah bantu banyak untuk mengurangkan beban ibubapa dalam hal pendidikan. Skim Pinjaman Buku Teks, KWAMP, RTM serta pemansuhan yuran sekolah! Bukti kerajaan kita perihatin. Kalau kita tengok betul2 resit bayaran yuran sekolah anak2..., kita sebenarnya bukan bayar yuran..tapi sebenarnya membayar keperluan anak2 di sekolah seperti skim takaful, buku tulis, pensel, buku aktiviti dan lain2. Dan semua itu kurang dari RM100 seorang.
Bilalah kita nak berubah ya. Berubah menjadi individu sedar dan faham yang mana satu keutamaan dan mana satu kehendak.
Aku tidak kaya. Aku juga tidak bekerja... sekadar ada kelas tuisyen membantu anak2 jiran. Aku hanya mengharap suami mencari rezeki untuk kami sekeluaga. Tapi kami masih mampu membayar yuran
persekolahkan anak2. Bukan kerana gaji suami besar atau sederhana.., tapi kerana BERINGAT.
Orang2 tua selalu pesan..., SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN...... SEDIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT.
4 comments:
ketika f4 dlu.. dalam bulan ogos bru bayar yuran.. x igt lak nak beritau kat ayah.. hehehe.
Hidayati: akak terharu Yati tulis entry ttg cerita akak tu. Terima kasih banyak ya. Betul kata yati ,kena beringatlah, simpan sikit2 lama2 jadi bukit juga. Kalau x simpan x adalah.Yg peliknya anak nak masuk sekolah awal tahun ,gaji bulan tu juga yg nak bayar yuran. Akak follow Yati pula nih.
tulus ni..huhu!risaulah nanti org jadik cikgu jugak ni...haaaaaaa!
Hazari..., lupa tu perkara biasa. Yang penting dah bayar.
Nieda..., saya cuma amat tersentuh dengan n3 Nieda. Rasa marah pun ader. Dah tau awal tahun nak sekolah, tunggu juga gaji bulan tu baru nak bayar yuran. Memang lah bengkok. Cuba bersedia awal2 tak menyusahkan ibubapa itu sendiri dan guru2 yang adakalanya terpaksa bayarkan yuran murid tu kerana kesian. Alih2 ibubapa buat dek je. Menyusahkan betul.
tulus sweet.., jadi guru ni sangat murni. So, just releks. Tumpukan perhatian pada pengajian. Nanti bila dah kuar.., boleh jadik guru yang baik.
Post a Comment