Kat tempat aku tinggal ni memang pemandangan biasa budak2 bawak motor. Vrooommmm laju depan rumah aku ni. Sekali tengok penunggangnya... budak kecik yang ntah sudah bersunat ke belum. Hai.. berani betul. Yang hairannya tu..., mak bapak dorang ni tak risau ke bagi anak yang umurnya sekitar 9 hingga 11 tahun tu menunggang motor dorang dengan tak pakai helmet lagi tu. Sekali terpelanting, terbang sekejap macam superman pas tu terhempas.... pecah kepala. Tak ke ngeri tu.
Memang lah elok dorang dapat kuasai ilmu menunggang motor awal2.., tapi yang tak elok tu budak2 ni masih di bawah umur untuk dibenarkan menunggang motor..., walaupun hanya keliling taman kediaman. Budak2 memang suka aksi2 stunt semasa menunggang. Nak2 lagi bila kengkawannya bersorak kagum dengan kebolehannya. Naik tocang le dia. Dia tak sedar tu...., benda yang dia nak buat tu sangat2 bahaya kepada penunggang dan tukang sorak. Kalaulah dibuatnya berlaku kesilapan semasa melakukan aksi stunt tu...,dengan si penunggang dan si tukang sorak sekali boleh ditimpa celaka. Maut jawabnya.., kalau tak pun cacat seumur hidup. Sapa nak tanggung sume tu? Mereka dan keluarga mereka jugak. Barulah sibuk nak minta bantuan sana, bantuan sini hanya nak memulihkan si anak tu.
Cukuplah hanya dengan menunggang basikal. Kalau ya pun terjatuh cuma lecet atau lebam saja. Tak sebahaya menuggang motor. Bila dah cukup umur nanti bolehlah ambik lesen. Sekurang-kurangnya...., kalau eksiden akibat buat stunt dah sah2 kesalahan sendiri dan tak melibatkan mak bapak naik pejabat polis sebab nak lansaikan saman kerana membenarkan anak dibawah umur bawak motor.
Fikir2 kan lah.
2 comments:
stuju dgn akak hanis pun risau derang ni naik motor tak pakai helmet huhuhu...bahaya betul...
Memang sangat bahaya.
Post a Comment