Sunday, January 30, 2011

TEMPEH.., SEDAP DAN BERKHASIAT


Biasa makan tempeh tak? Aku dan anak2 aku memang gemar makan tempeh. Kalau korang nak tau.., tempeh ni penuh dengan protein, serat dan vitamin B12. Sangat baik untuk kesihatan. Ianya diperbuat dari kacang soya. Sebagaimana yang kita semua tahu kacang soya adalah sumber protein lengkap dan mengandungi sejumlah besar asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh kita kerana tubuh manusia tidak dapat menghasilkan asid amino secara sendirinya.

Melalui proses penapaian, protein soya dalam tempeh semakin mudah dicernakan oleh sistem pencernaan badan kita dan memberikan rasa yang lebih sedap.

Tahukah anda... tempeh mengandungi kultur Rhizopus yang berperanan untuk mengurangkan masalah gas (angin dalam perut) dan tidak hadam. Tempeh juga mengandungi bakteria baik yang menghasilkan vitamin seperti vitamin b12.

Memang sah berkhasiat tempeh ni dan baik untuk seisi keluarga. So, next time bila masak tempeh janganlah asyik buat sambal tempeh je. Kesian anak2 kecik kepedasan. Apa kata kita perap tempeh yang telah dipotong tipis dengan serbuk kunyit, bubuh sedikit air, seulas bawang putih yang ditumbuk halus, sedikit garam dan lepas tu goreng begitu sahaja. Sedap dan kanak2 pasti suka rasanya. Sesuai dijadikan snek ringan atau dimakan dengan nasi. Ringkas, tapi penuh dengan khasiat.

Selamat mencuba.

2 comments:

Hanis MY said...

wahh dah lama tak makan ni..rindu betul... salah satu feberet food hehe

p/s:akak 200 yen= +- RM7.40

Unknown said...

Kesianye... tak pe nanti bila balik kampung boleh makan puas2.
So, nak parking kena RM7.40 per 20 minit. Mahal tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...