Monday, January 31, 2011

2011 SUATU PERUBAHAN

Tentu ramai yang dah perasan bahawa pelajar2 Tahun 1 yang memulakan sesi persekolah pada tahun ini telah mengalami perubahan sukatan pelajaran & pengalihan bahasa bagi matapelajaran Sains & Matematik. Tahun2 yang lalu.., kedua-dua subjek ni diajar dalam bahasa Inggeris. Tapi pada tahun ini, subjek Sains telah berubah menjadi subjek Dunia Sains & Teknologi dan berada dalam versi bahasa Malaysia. Begitu juga dengan subjek Matematik yang turut berada dalam versi bahasa Malaysia.

Dalam pemerhatianku, subjek Dunia Sains & Teknologi telah mengalami peningkatan dari segi sukatan. Pada tahun 2010 subjek Science untuk Tahun 1 hanya merangkumi 6 unit utama yang bermula dengan topik "Ourselves" (Diri Kita) dan berakhir dengan topik "Light and Dark" (Terang dan Gelap). Tapi pada tahun ini, topik "Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup" (Living Things and Non-living Things) yang dulunya diajar untuk Tahun 2 telah berada dalam sukatan pelajaran Tahun 1 disamping 1 topik baru iaitu "Reka Bentuk". Amat memberangsangkan!

Subjek Matematik pun mengalami beberapa perubahan. Jika dulu topik "Rounding Off" (Bundarkan), "Lenght" (Panjang), "Mass" (Berat) dan "Volume Of Liquid" (Isi Padu Cecair) hanya diperkenalkan pada Tahun 2 dan asas "Pecahan" (Fraction) di Tahun 3, kini topik2 ini telah mula diajar seawal Tahun 1. Uiihhh! Memang mencabar sesuai dengan keperluan semasa.

Sungguhpun kedua-dua subjek ini telah berada dalam versi bahasa Malaysia, tapi sukatan dan penyampaian telah dipermajukan. Masih tetap mencabar minda tenaga pengajar & murid-murid.

Logo kebanggaan ini tertera pada setiap cover buku2 Teks & buku2 aktiviti baru bagi sesi 2011. Tahniah atas perubahan dalam dunia pendidikan.

2 comments:

Hazari. said...

uh Maths. yang belajar pade darjah 1, sampai la form 3, sumenye asas kepada SPM. memang amat bergantung, tak macam subjek lain. kalau difikir fikir semula, memang btul. memang susah kalau tak faham maths drpd dulu lgi.

Hidayati said...

mang betul tu Hazari. Penguasaan pada peringkat awal amat penting sebagai aupport untuk memahami peringkat yang lebih tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...