"Dorang ni tak keje. Cuma tau jaga rumah, jaga anak, cuci pinggan dan lipat kain. Benda2 lain.., haram tak tau satu ape pun. Menghabiskan beras ader lah."
Aduiiiii...., prajudisnye statement ni. Kalau dilihat secara kasar..., memang suri rumah ni tak bekerja dan hanya duduk di rumah. Tapi.., bila di lihat secara halus...., fungsi dan tugas suri rumah sama berat dengan orang yang bekerja di pejabat. Mungkin sebab tugasan suri rumah tidak melibatkan paperwork.., jadi ia dianggap tidak penting.
Kalau di pejabat.., sorang pekerja bekerja di bawah satu ketua dan dalam satu jangka waktu yang telah di tetapkan. Biasanya 8 jam. Suri rumah pula merupakan Personal Asistant (PA) dalam rumahnya yang bertugas untuk ketua (suami) dan anak2nya. Dia bekerja tanpa ader jangka waktu yang tetap.
Orang yang bekerja.., menyumbangkan tenaga & buah fikirannya untuk pembangunan & kemajuan syarikatnya. Dan gaji dibayar padanya adalah sebagai imbalan terhadap usahanya. Suri rumah pula..., menyumbang tenaga dan buah fikiran dengan iringan kasih-sayangnya demi kesejahteraan keluarga dan kemajuan negara. Dan semua itu dia lakukan dengan ikhlas..., tanpa bayaran! Sekadar mengharap agar suami berbelas kasihan terhadapnya dan menampung sara hidupnya.
Tak percaya...? Suri rumah bertanggung jawab penuh untuk melahirkan dan mengasuh bakal pelapis generasi hari ini. Jika usahanya maksima & berkualiti tinggi, maka terbitlah generasi maju, pintar, berkeyakinan tinggi dan boleh dibanggakan. Jika usahanya setakat ala kadar..., maka terbit jugalah generasi yang ala kadar juga. Lihat.., betapa berat tanggungjawab seorang suri rumah.
Surirumah juga adalah seorang bendahari yang bertanggungjawab untuk membelanja wang dan harta suaminya tanpa menyebabkan suaminya jatuh muflis. Dialah yang membuat laporan belanjawan isirumah pada setiap bulan. Dia juga bertanggungjawab mengawal utiliti elektrik, air dan bahan mentah (makanan) agar suaminya tidak begitu terbeban menganggung bayaran utiliti.
Dia seorang jururawat yang 24 jam memastikan suami & anak2 berada dalam dalam tahap kesihatan yang baik. Dia juga seorang janitor yang secara sistematiknya memastikan agar seluruh isirumahnya berada dalam keadaan bersih.
Banyak lagi kerja2 suri rumah yang kelihatan remeh tapi sebenarnya menyumbang sesuatu kepada negara dan kepada mereka yang bekerja. Jadi.., jangalah terlalu memperlekehkan tugasan seorang surirumah.
5 comments:
SANGAT BERSETUJU.
Saya pun full time housewife, dah masuk 6 tahun. Ramai cakap sayangnye saya benti keje, dulu sy exec.Tapi sy tak peduli.Alhamdullilah bahagia sangat.
respek kat suri rumah/ibu/wanita
tangan yg menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia.
Ann..., alhamdulillah. Akak tumpang gembira.
Si para-para..., memang benar kata2 mu itu. Terima kasih kerana respek pada kami yang bergelar surirumah.
betul2.. walaupun x prnah jdik surirumah.. tpi.. kadang2 dok rumah pon boleh letih jugak. kjap kne basuh pinggan, jemur kain, masak nsik, panaskan lauk.. isk2.
Well Hazari..., memang mcam tu. Kalau bukan kita sendiri yang buat., sapa nak buat untuk kita kan. Berlapar le jawabnye.
Post a Comment