Sunday, January 16, 2011

SALAH KE AKU KALAU DUDUK RUMAH JE?

Kisah ni berlaku masa aku menghadiri gotong-royong membersihkan kawasan sekolah di tadika anak aku. Macam biasa, aku bawa sedikit juadah sebagai hidangan sebelum dan selepas gotong-royong itu. Bukan aku sorang je yang bawa juadah. Malah hampir semua kaum ibu yang hadir membawa pelbagai jenis kuih-muih malah lauk dan nasi pun ader. Begitu sepakat sekali jiran2 di tempat aku ni.

Cuma.., masa semua yang hadir berhenti rehat. Adalah beberapa orang jiran aku yang menegur aku. Sambil bercerita-cerita tu, salah sorang jiran aku tu mengajak lah pulak kami ke rumahnya petang nanti pasal ader banyak cerita sensasi. Aduh...! Ni yang aku tak suka. Aku pun tolaklah dengan alasan tak de orang nak jaga anak2. Pas tu dia boleh kata aku ni tak reti nak bergaul le. Asyik duduk di rumah je lah. Apa2 aktiviti kat taman ni sikitpun aku tak nak join lah. Dan bla bla bla bla....ntah apa2 lah.

Bukan aku tak nak join.., tapi yang benar..., anak2 aku ni ramai. Malas aku nak bawak jalan2 p rumah orang. Dibuatnya pecah cawan ke atau perhiasan kaca ke..., sedikit sebanyak mesti hati tuan rumah tu terasa jugak. Tentu berkata-kata dalam hati yang aku ni tak tau didik anak. Terus-terang, anak2 aku ni memang aktif. Bayangkan, kalau kami bawak dorang tengok wayang..., dorang boleh jalan2 naik ke atas stage tempat layar besar tu. Tak ke haru tu. Adoi....

Lagipun buat apalah aku buang masa meronda taman menjaja cerita yang aku sendiri pun tak tau betul atau tak nya. Tambah dosa berbakul-bakul ader lah. Dosa yang dah ader ni pun tak tertanggung banyaknya.

Lagi bagus kalau aku duduk di rumah. Suami dah sediakan segala-galanya untuk keselesaan aku dan anak2. Yang pasti aku tak sakitkan hati orang sekeliling aku. Kalau dorang nak sakit hati pasal aku terperuk di rumah je dan tak nak join kelab mengumpat mereka.... , aku rasa aku tak rugi apa2.

7 comments:

KakD said...

hurmmm betul tu kak, baik duduk umah dari kite kuar tak tentu arah menjaja cerita yang ntahhape2 kan, takpela masuk telinge kiri kuar telinga kanan je la kak.

yang penting akak, suami dan anak2 bahagie sekeluarga kan :))

Unknown said...

Betul tu Diana. Kalau nak ikutkan kata orang..., takkan ader sudahnye. Alih2 kita yang gaduh laki bini.

Umialya said...

lantak le apa orang nak kata, janji kita x kacau orang lain, sudah..

dok tergolek2 ngan anak2 lagi sedap

LaLa said...

mmg kalau anak ramai susah nak keluar ckit..mak saye dlu pun cmtu...

si para para said...

kalau ajak pg surau masjid dengar tazkirah ke kuliah ke ok jugak,,hehe

Gen Fujita said...

Menjawab soalan topik, dan setelah membaca entry ni, jawapannya adalah "tak salah", malah bukan saja tak salah, malah pilihan yang tepat sekali.

Unknown said...

Umialya..., alahai mang sedap sesangat golek2 ngan anak2.

Daylachan...,memang betul.., payah nak bawak ramai2 ni. Mcm2 ragam dorang.

Si para-para.., betul tu! Dapat jugak pahala berbakul-bakul.

Gen Fujita...., terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...