Salam semua. Dewasa ini kita sering diperdengarkan berita2 pencabulan kanak2 yang pelakunya adalah dari kalangan keluarga terdekatnya seperti bapa, datuk, pakcik2, abang2 sepupu atau yang lebih kurang sebaya. Semua ini amat menggerunkan aku.
Sebenarnya..., perbuatan2 terkutuk ini telah lama berleluasa dalam masyarakat kita. Cuma ia biasanya disembunyikan demi menjaga maruah keluarga atau mungkin perasaan takut akan dicederakan oleh pelaku durjana itu. Maklumlah.., yang menjadi mangsa adalah seorang kanak2 yang hanya kenal kasih sayang bukan sentuhan tak perikemanusiaan..., tanpa kenal anak, cucu atau sepupu perempuan yang masih kecil. Akhirnya, hidup si kecil itu penuh dengan kecelaruan. Apakah ini yang dinamakan kasih sayang seorang ayah atau sebaliknya?
Kanak2 menpunyai jiwa yang sangat murni kerana itu ia melihat setiap perlakuan orang dewasa terhadapnya adalah sesuatu yang murni juga sehingga... ia disakiti. Rasa gerun dan takut terhadap ancaman si pelaku mungkin antara penyebab perkara yang sama berulang dan berulang.
Kerana itu, aku sangat takut untuk membenarkankan anak2 ku bermalam di rumah saudara mara tanpa aku ader di situ. Bukan mengongkong tapi sekadar berjaga-jaga. Anak2 ku adalah amanah dari Allah yang wajib aku lindungi dan didik sebaik mungkin. Tiada gunanya sesal jika perkara sudah berlaku. Nak salahkan orang, dah tentu2 anak kita tu yang dikatakan mereka cerita. Sedihkan. Sudahlah menjadi mangsa nafsu buas, dituduh pula mereka-reka cerita.
Begitu juga bila di rumah. Aku berterus-terang pada anak2 perempuan ku tak kira yang besar atau yang baru nak masuk 3 tahun tu..., tentang bahagian2 badan mereka yang langsung tidak boleh disentuh oleh orang lain tak kira siapa termasuklah daddy mereka sendiri. Dan bicara ku itu terus ku ulang dan ku ulang mengikut versi2 yang boleh mereka terima sampai mereka benar2 faham apa sebenarnya yang aku cuba sampaikan. Versi2 itu pula tidak boleh berbaur anti bapa, anti saudara mara lelaki dan anti bersosial. Versi2 itu mestilah bersifat lebih telus dan mengikut umur mereka.
Payah memang payah... tapi sedar atau tak sedar..., aku sebenarnya sedang mengajar mereka untuk menjaga batas2 pergaulan antara mereka dengan daddy mereka atau bapa saudara mahupun saudar- mara lelaki. Mungkin ader di antara korang yang berpendapat bahawa perbualan sebegini tidak patut dibicarakan pada anak2, tapi bagi aku.., ia wajib dan mesti mereka ketahui seawal yang mungkin. Padaku ia suatu tanggungjawab!
6 comments:
betul tu kak.. skrg ni dangerous sgt2.. biarpun sanak saudara better jangan.. tu lebih baik kan kak.. sian kat budak2 yg masih belum arif dalam dunia fana ni dah mnjadi gelap pabila ada insan atau manusia buas telah merosakkan mereka.. sdih sgt2 kalau dengar berita ini di dada2 akhbar.. huhuhuhu
Awangku Johan., thanks sebab sudi baca n3 akak ni. Memang tepat sekali apa yang Awang kata. Kejadian2 begini memang sangat mengerunkan & memilukan.
kadang kadang yang lebih rapat tu la yang lebih berbahaya.
mamy: cuba baca ini story pl,
apa nak d kategori kan..
http://lunazahra.blogspot.com/2011/01/patutlah-ramai-yang-tak-punya-anak.html
selalu terjadi adalah saudara terdekat..selalu rasa sedih bila baca..sampai hati sanggup buat mcm tu..
Bonda.., nak pitam mamy baca n3 bonda tu. Terus naik darah tinggi mamy ni.
Rieyana.., betul tu. Kasihan mereka yang menjadi mangsa. Hanya anak kecil yang masih panjang perjalanan mereka di dunia ini.
Post a Comment