Monday, January 24, 2011

ANAKKU KE ALAM REMAJA.

Semenjak dua menjak anak perawan aku c Kak Jaja ni dah menginjak ke alam teenage, bermacam-macam soalan yang dia tanya aku. Tup! Tup! Pulang sekolah...ader je soalan2 pelik yang dia tanya aku.

"Macam mana kakak nak berlari bila dah ader breast? "
"Sakit ke mamy bila datang haid?"
"Kenapa bila kakak dah besar tak boleh main ngan budak lelaki?"
"Tadi kat sekolah belajar pasal life prosess, tapi kakak tak faham, sperma tu datang dari mana? Macam mana pulak dia boleh masuk ke dalam badan perempuan dan jadi anak?"

Adoi mak..., mati aku nak jawab soalan2 dia ni. Soalan2 nya tu pulak benar2 menguji tahap BM aku.., agar penerangan aku tu jelas dan tidak berbaur seks. Bagus juge lah dia tanya aku, sekurang-kurangnya dia nak aku faham apa yang sedang berlegar-legar di kepalanya.. Tau je lah teenage ni. Macam2 persoalan & tanda2 baru dalam hidup mereka. Kadang tu, sepotong cikgu dorang terangkan.., 5 potong persoalan baru timbul dibenak dorang. Kalau tak kita yang tolong jelaskan, sapa lagi..., daripada dia cari jawapan sendiri...lagi naya.

Tapi tulah..., aku yang nak menjawabnya ni bagai ader tsunami kat dalam dada. Berdebar-debar..takut tersalah cakap. Kalau dulu..., hal2 mengenai datang haid, perubahan bentuk badan dan macam2 lagi..., hanya dikongsi dengan diri sendiri. Tak berani nak tanya mak. Jadik, bila dah tiba masa datang haid tu..., mengelabah...! Tak tau nak buat aper. Nak beli pad pon malu tu. Tak tau nak beli yang mana satu. Dah lah tak tau nak beli..., tak tau nak pakai pulak. Haru betul masa tu. Bila dah pandai beli sendiri, siap minta bungkus pakai newspaper ngan casher. Adeiii..., kalau ingat balik, nak tergelak pon ader.

Tapi anak2 zaman sekarang berbeza.... Sangat berbeza. Daya ingin tahu mereka lebih luas, ditambah dengan kemudahan2 seperti internet, tv kabel dan macam2 lagi. So, honesty is the best policy. Penerangan yang paling jujur adalah yang paling baik. Biasanya pendekatan aku lebih kepada fakta sains dan heart to heart talk between a woman and a young lady.  Jika aku cuba untuk berdolak-dalih, itu hanya akan menambah perasaan ingin tahunya..., dan bila perasaan ingin tahu itu menimbun.., maka akan bertimbun jugalah soalan2 yang bakal diajukan kepada ku nanti.

Hai memang susah jadik ibu kepada anak2 yang mula naik remaja. Semakin banyak persoalan hidup yang terjawab.., semakin banyak jugalah yang masih belum terungkai.

7 comments:

Umialya said...

Dorang dah belajar kt sek awal2 lg..

akak pnah gak ngan anak lelaki yg hmpir menginjak dewasa, konon2nya nak bergurau maka keluarlah soklan gni:

besar dah anak ummi ye, baligh agaknya? abg tau ke baligh tu apa?

Jawapan ringkasnya: tau, mimpi kuar air mani semasa tido..selamba ajer dia bgtau kita.

apatah lg, berderau darah ummi kat muka, malu..

hazari. said...

tapi perkara perkara macam ni adalah lebih baek kalau dengar daripada ibu bapa sendiri.. jika dibandingkan dengan sumber2 laen. lebih elok la berbanding kawan.. huhhuu.

Hanis MY said...

itulah kak anak2 zaman sekarang ni advance betul..tapi kalau dia rapat dgn akak baguslah semua benda pun share dgn akak...bertuah dia dpt mamy mcm akak ni...

Unknown said...

umialya..., hahaha dapat akak bayangkan muka merah tu. Tapi tulah cabaran golongan ibu macam kita ni.

Hazari.., betul tu!nanti berlaku pula benda2 yang tak diingini.

Hanis MY..., akak yang beruah dapat anak macam dia. Harap2 dia akan berkongsi terus dengan akak. Bila dia telah mula memilih kawan untuk berkongi pendapat atau luahan...akak akan cuba jadik kawannya yang paling baik.

[ibuLUNAZALEA] said...

jangan sampai jadik begini: http://lunazahra.blogspot.com/2011/01/patutlah-ramai-yang-tak-punya-anak.html

ynn said...

skrg budak sekolah rendah lagi dah tau mcm2 kan..diaowg banyak terdedah dgn mcm2 pekara..;d

liaw said...

Bertuah rapat dgn anak. Dulu aku takut2 dgn makku, datang period pun menggelabah, skrg fikir2, len kali xmo garang2 dgn anak, biar mereka rapat, taktau apa2 blh trus tanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...