Bukan tajuk filem... tapi ni adalah nama yang kusimpan dalam phonebook dan merujuk kepada husband tersayang. Tapi kenapa My Heart? Tak boleh ke pakai nama dia saja?
Menurut kamus.., My Heart membawa maksud hatiku. Dan bagiku..., ia merujuk kepada siapa yang bertahta di hatiku dan betapa bermaknanya dia dalam hidupku. Dia adalah suamiku yang tercinta.
Dia seorang suami yang penyayang. Dia tak reti mengungkapkan kata2 sayang & cinta padaku. Namun kata2 itu jelas kelihatan melalui sms yang dikirim sebagai ucapan selamat malam & selamat tidur tatkala dirinya sedang berada jauh dariku kerana tuntutan kerja.
Dia seorang suami yang romantik. Walaupun dah lebih sedekad kami bersama, dia masih seorang yang romantik. Dia masih ingin memegang tanganku tat kala kami berjalan-jalan di bandar. Bahasa yang lembut sering terbit dari bibirnya. Dia masih ingin mengajakku keluar berduaan untuk menonton wayang atau makan malam. Kemesraannya jelas kelihatan walaupun di hadapan anak2nya. Dia selalu ingin menerapkan budaya berkasih sayang walau dalam apa keadaan sekalipun kerana baginya hanya kasih sayang dapat menyatukan kami sekeluarga.
Dia suami yang bertanggungjawab. Ini memang tak dapat dinafikan lagi. Adakalanya dia balik lewat malam atau awal subuh hanya untuk memastikan aku dan anak2 ku hidup dalam keadaan yang selesa. Di kala kami semua telah tertidur pulas, dia masih bekerja di pelabuhan mengurus kemasukan kapal, menyediakan dokumen, memastikan kelancaran punggahan isi kapal seperti kontena, baja mahupun minyak.
Dia tidak menjanjikan aku kekayaan tapi dia memberikan aku keselesaan dan aku sangat bersyukur. Mak aku selalu berpesan padaku, jadilah seorang isteri yang baik dan tidak terlalu meminta-minta pada suami akan benda2 yang diluar kemampuannya. Jadilah seorang isteri yang selalu bersyukur dan tersenyum apabila suami pulang ke rumah. Akan ku ingat semua pesan2 makku.
Jadi setiap kali telefon ku berbunyi.., dan tertera namanya sebagai My Heart..., aku gembira kerana aku akan mendengar suara suamiku melalui corong telefon.
"Hello.., ya sayang....."
7 comments:
ohhh taching sgt * tersentuh jiwa ini*
hehe, tu lah orang selalu cakap.. makin berumur, makin sayang.
mamy: minat background satu colum kan..cuba skodeng sini..kiut2 mamy..
http://www.mycutegraphics.com/backgrounds/backgrounds.html
lupa lak kasi link.
abang ku mnyerupai arwah abah ku.
aku rindu abang,insyallah akan ada 'mungkin' utk jumpa.
aku rindu abah, namun hanya doa dapat ku panjatkan.
best...tersentuh hati sgt bila baca...;d
Che chue & rieyana..., gembira dapat mewnyentuh hati & jiwa anda.
Hazari.., betul tu. Semakin lama semakin sayang...
bonda..., arwah pergi menemui Penciptanya.., hanya doa iringan kasih kita di dunia sementara menanti tibanya hari kita bertemuNya.
Insya'Allah.., ader rezeki dan dipanjangkan umur bertemulah kita semula.
Post a Comment