Wednesday, January 19, 2011

GEMUK...TAK LAWA? SAPA KATA?

Sume orang dalam dunia ni ader macam2 bentuk badan. Ader yang tinggi, kurus & lampai, ader yang ramping dan sederhana. Malah ader gak yang gempal, lebar dan bulat. Macam2 kategori bentuk badan.

Tak dapat dinafikan, hampir sume perempuan inginkan bentuk badan yang menarik.., seksi dan tinggi... ala2 miss world tu. Kalau tak pun ala2 pramugari atau barbie doll. Tapi tak semua orang ader bentuk badan macam tu dan ader banyak sebab mengapa perkara itu berlaku. Mungkin hormon, keturunan atau simply pemakanan yang tidak teratur dan kurang bersenam.... hehehe macam aku  lah tu.

Walau apa pun sebabnye..., gemuk tak bererti tak lawa atau tidak perlu berlawa-lawa. Buang jauh2 fikiran negatif tu! Jangan terlalu fikirkan sindiran2 orang atau hinaan orang  lain. Pedulikan mereka. Mereka hanya tau bercakap..., tapi yang merasa pedihnya adalah kita sendiri. Berhenti beranggapan "aku gemuk, aku tak cantik dan aku tak layak jadi cantik!" Stop it!

 Jangan jadikan gemuk sebagai alasan untuk terus kelihatan hodoh... untuk terus kurang berkeyakinan... untuk terus terlalu berendah diri...untuk tidak aktif..., untuk tidak bersuara... dan untuk terus berasa tidak berhak.

Orang berbadan gemuk tu pun manusia.... sama macam orang lain yang berbadan ramping. Punya hak untuk kelihatan kemas dan cantik...., punya hak untuk diterima..., dan punya hak untuk disayangi.

Jadi jangan terlalu tunduk ke bawah. Sekali-sekala dongaklah... dan pandanglah langit yang indah dan suria yang memancar terang. Tanamkan semangat untuk terus hidup dengan penuh keyakinan.

1 comment:

ibuLuna @ de'Elle. said...

mamy da kebetulan mamy join kontest blog comel/cantik/kemas tu kan,
hah ade lagi update background latest tau, cek sini..kali ni lagi kiut2..pink2 lagi..cuba try tgok..

http://www.thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...