Wednesday, January 19, 2011

SARAPAN TERPOPULAR DI TAWAU

Emmm, cakap pasal makan... aku mesti lapar. Tu pasal kot aku tak leh nak kurus. Padahal... hari2 aku jalan kaki antar & ambil anak aku dari tadikanya. Memang tak jauh.., tapi naik bukit jugak tu. Ahhh! Biar lah.

Anyway.., kalau korang berkesempatan singgah ke Tawau, jangan lupa rasa 2 jenis sarapan pagi yang paling popular... iaitu nasi kuning dan mee tauhu. Asal tiba nak sarapan pagi je.., 2 jenis makanan ni lah yang paling laris. Sapa2 jual konfirm habis. Nasi kuning yang bungkus pakai daun pisang tu murah je. Cuma RM1.50 sebungkus dan kenyang. Kalau jual kat restoran.... dalam RM2.50 ke RM3.50 sepinggan. Ianya nasi  yang dimasak dengan santan + kunyit dan diletak daun pandan. Lauknya pulak..., ikan atau ayam yang dimasak bumbu bali atau sambal tumis lada kering, telur rebus dan serunding kelapa. Memang sedap! Lagi sedap kalau lauknya ikan tongkol atau ikan tuna. Kat Tawau ni memang senang dapat 2 jenis ikan tu. Rupa dorang hampir sama tapi rasa..., jauh beza.

Ni nasi kuning dibungkus dengan daun pisang                      

Yang ni pulak hidangan kat restoran                                

Ha..yang ni hampir serupa dengan yang aku masak sendiri

Gambar kat bawah ni pulak adalah set mee tauhu. Mee nya tak spesel. Cuma goreng kosong paling tidak letak tauge lah, sebab nak makan dengan tauhu masak taucu + sambal tumis bawang putih. Perrrrhhhggg terangkat giler. Ha.. kalau korang nak tau..., 2 hidangan ni aku pandai masak. Selalu gak jadi hidangan sarapan pagi keluarga aku.                          








Nak tau resipinya... nanti aku buat n3 khas pasal resepi nasi kuning & mee tauhu. Jangan tak layan tau.        

3 comments:

[ibuLUNAZALEA] said...

mamy mau tau ka, smlm mimpi minta resepi nasi kuning & bumbu bali ngn mamy..siap minta resepi mee tauhu sb mau bukak gerai depan condo kmi ni..

rupanye, lam realiti, mamy suda cerita..aiii ada kuasa telepati ka kita ni?

Unknown said...

Kihkihkih.... ye kot ader telepati. Pasal masa wat n3 ni..., mamy sebenarnya terkenangkan bonda.
Betul. tak main2.

[ibuLUNAZALEA] said...

mamy...huh,confirm klu dpt rasa air tangan mamy,trus sehat kami 2 beranak ni..alahai,terlepas update..kak aniek da sampai kL rupanye..hukhukhukhk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...