Masa pergi ke Giant, aku lihat banyak promo kad kredit. Macam2 yang dorang offer kalau kita mohon kad kredit tu. Diskaun lah, hadiah misteri lah dan macam2 lagi. Sekali fikir memang nak. Gaji husband pun layak tu. Tergambar di fikiran.... bestnye dapat shopping. Kalau tak de cash pun ader kad credit. Masyukkkk....
Tapi bila ku fikir dua kali..., perlukah sume tu? Kita hidup memang nak senang. Sapa yang tak suka banyak harta, banyak duit dan ada segala2nya. Tapi haruskah kita berhutang untuk mendapatkan semua yang kita mahu. Dalam dunia serba moden ni, kita mudah terjerumus dalam hutang tanpa sedar.
Memang betul..., kalau apply kad kredit tu akan dapat diskaun kalau berbelanja....Tapi bila difikirkan lagi.... lebih baik aku tak pakai kad credit. Nanti nak kena bayar interest lah, denda lewat bayar lah dan ntah apa2 lagi. Last2 apa yang WAJIB di bayar tu melebihi DISKAUN yang diberi.
Lagi baik aku belanja apa yang mampu. Hidup sesuai dengan isi poket. Kalau ader duit lebih... simpan.... buat harta dalam bank. Sapa tau esok lusa ader kecemasan... ader gak duit dalam tangan. Kata orang beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan.
4 comments:
setuju..pernah ada dulu, pastu cantas semua..baru senang hati..kalau tak bila nak check box surat, ngeri jer takut sampai bill
Hehheeh... good choice!
oh Disco Ball yang ni..
Bonda hari try pakai Dosco ball yang latar kaler itam emas tu..
ade satu lagik web tuk background ni, kat scrappinblogs.blogspot.com cantik jugak,tp bonda tak pernah guna lagik..sudah tlekat mata d cuteblogontheblocks ni plak..
Nanti mamy p servay blog tu
Post a Comment