Wednesday, January 12, 2011

KUNCI CHANNEL

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, stesen tv kita kebanjiran cerita Indonesia. Sinetron2 ini mendapat sambutan yang luar biasa. Dari anak kecil sampai orang tua... semua layan cerita Indon. Masa takde Astro dulu, kat TV1, TV2 & TV3 sume ader segmen sinetron mereka sendiri. Alih2 bila dah pasang Astro..., tambah pening aku dengan lambakan cerita Indon. Sampai ader channel khas.... Aruna. Keluar dari Aruna..., channel Astro Ria, Prima, Oasis dan macam2 lagi... turut menyiarkan drama2 sinetron.

Best tu memang best. Tapi aku risau betul dengan anak2 aku yang gila melayan sinetron. Sampai terrer cakap Indon. Itu yang aku tak tahan tu. Bila result exam kuar..., matapelajaran BAHASA MELAYU...dapat D! Bayangkan.....subjek tu menggunakan bahasa ibunda... bahasa pertuturan di rumah. Tapi dapat D bahagian pemahaman. Adoiiiii..... sakit nya hati aku. Masa aku sekolah dulu..... aku tak pernah gagal BM! Masa Penilaian Darjah 5 aku dapat A untuk BM, masa SRP aku skor A untuk BM...., masa SPM aku dapat 1 untuk BM dan masa STPM aku beroleh Prinsipal A untuk subjek BM.

Sejak tragedi "BM dapat D" tu... aku dah mula kunci channel Aruna dan channel Ceria. Sebabnya...., terlalu terrer cakap Indon... & selalu mengarut macam Hagemaru!

Kini dah lebih setahun setengah aku mengunci channel2 tu. Kini channel utama mereka ialah TVIQ (610). Alhamdullillah...., banyak perubahan telah berlaku. Anak aku dah tak lagi kutip D untuk BM mereka. Sebaliknya bertambah baik. Oleh kerana mereka ni lebih baik dalam BI..., maka markah BI mereka lebih baik daripada BM....Tapi sekurang-kurangnya aku lega dengan perubahan positif ini.

3 comments:

aQi + GenGkey said...

ade peningkatan yG +ve..:D

*thnx folo kami..
folo u back..:D

.::: Princess MOMOY :::. said...

hahaha...kunci terus
lawak laa
teringat dulu momoy pun penah kena macam tu
kalau tak dapat kuar umah main memang tension
Beza Antara HARIMAU MALAYA Dan HARIMAU MALAYSIA
Boleh ker cara ni naikkan TRAFIK ?

Unknown said...

aQi + GenGkey.., memang perkembangan yang +ve sebab kita saling follow & bertukar pendapat.

Princess MOMOY...., tringat pulak zaman kanak2 dulu ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...