Hari ni kelas aku berjalan seperti biasa. Apabila semua pelajar aku sampai,aku pun menyuruh mereka untuk duduk di tempat masing2. Tiba2 sorang daripada mereka bersuara.
"Aunty, Apollo tu apa?"
Aku terangkan padanya yang Appllo tu nama sebuah kapal angkasa. Ternyata jawapan ku itu tidak dapat memuaskan hatinya. Lantas dia bersuara lagi.
"Kapal angkasa? Di rumah saya mana ada kapal angkasa aunty. Tapi saya dengar bapa saya cakap Apollo mau mendarat... lepas tu mak saya jawab.... landasan rosak. Kenapa tu aunty?"
Ya rabbi.. macam manalah aku nak jawab soalan budak kecik ni. Kalau korang nak tau...kat Tawau ni mang ader istilah ni..."apollo mendarat, landasan rosak". Ini adalah signal dari si suami untuk meniduri isterinya. Perkataan "Apollo mendarat" tu adalah singnal dari suami dan apabila si isteri menjawab "landasan rosak", itu menandakan bahawa isterinya sedang uzur kerana haid.
Aku betul2 tak sangka yang ucapan sebegitu masih wujud. Aku pernah mendengar ucapan sebegitu dari rakan sekolah masa aku darjah 4 dulu. Masa tu aku pun tak tau apa benda yang dorang cakap tu. Tapi bila dorang gitau aku dengan penuh perkataan2 tuuuuuuutttt . aku geli & tak suka dengan istilah tu. Tau lah bila budak2 menerangkan perkara2 hubungan batin..., jijik bunyinya.
So, aku pun cuba jawab soalan pelajar darjah 2 ku tadi dengan sebaik mungkin tanpa melibatkan mengaitkan hal2 sensetif tu. Berpeluh juga aku menjawabnya. Nasib baik budak tu tanya aku.., kalau dia tanya ngan budak2 lain... tak tau lah jawapan versi apa yang dia dapat.
Kalau ya pun nak sangat..., biarlah antara kita suami isteri yang tahu. Jangan perdengarkan pada anak2 istilah2 sensetif yang boleh mencetus pertanyaan di minda mereka. Fikiran anak2 ni jernih. Jadi biarlah ia jenih sehingga tiba masa yang tepat untuk mereka mengetahui perkara2 tersebut secara jernih juga dari kita.
2 comments:
haahhaaaa..sangat lawak okay.
anyway mamy banyak da background tuk blog yg terbaru, cuba cek sini http://www.thecutestblogontheblock.com/free/free-backgrounds.html
ok thanks
Post a Comment