Tuesday, January 11, 2011

FACEBOOK AKAN DI SHUT DOWN????

 Klik gambar untuk baca

Akak ni sebenarnya semalaman tak melayari internet. PC buat hal... pandai je dia off sendiri. Agaknya.., pasal kita orang suka main game kot. Hehehehe... salah sendiri la tuh.

So, bila hari bukak email..., ader email khas yang menyatakan bahawa Facebook akan di shut down pada 15 Mac 2011. Cuba check email korang? Ader kah berita ni? Betul2 ke ni? Sapa2 yang tau kesahihannya... tolong respon ye... akak ni macam ketinggalan zaman hanya kerana sehari tak berinternet.

Kat atas tu ialah keratan email. Akak akan cuba alih bahasakan petikan di atas. Tapi bukan semualah. Panjang tu... Ni yang penting je
.
Menurut email tersebut Mark Zuckerberk.., pengasas Facebook, FB telah berada di luar kawalan dan tekanan menguruskan FB telah memporak-perandakan hidupnya. Katanya lagi, dia harus menghentikan semua kegilaan ini. Oleh yang demikian, mulai 15 Mac 2011 seluruh website tersebut akan di tutup.

Ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan Zuckerberk tu terutamanya yang melibatkan perniagaan melalui FB, tapi dia tetap akan menghentikan laman web FB kerana dia inginkan kehidupannya semula dan bukan wang.

Oleh yang demikian The Facebook Corporation menyarankan agar semua pengguna FB mengalih atau mengambil semula semua data peribadi, gambar2, video2, notes dan links sebelum 15 Mac 2011, kerana selepas tarikh itu, semua data, gambar atau apa saja yang berkaitan akan dipadam buat selamanya.

p.s:- Kepada jiran2 Farmville ku sekelian, anda boleh terus bermain game ini tanpa login di FB. Terus je pegi ke http://www.farmville.com/ . Happy farming!

1 comment:

[ibuLUNAZALEA] said...

entah mamy..dgr kata hanya kabar angin sj..
surat kabar yg bkenaan tu, mmg suka buat berita yg idak2 je..

http://lunazahra.blogspot.com/2011/01/uhbetul-ke-facebook-nak-dtutup-15-march.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...