Saturday, January 29, 2011

BERAT BAHU MEMIKUL

Emmm masuk hari ni, dah 4 hari aku tak update blog aku ni. Bukan malas tapi tak sempat. 31 Januari ni, pelajar2 kelas aku akan menghadapi ujian bulanan pertama mereka bagi tahun ini. Jadi aku sangat sibuk menyediakan kertas2 ujian tersebut. Ya lah..., aku rasa cukup tak sedap hati bila mengajar anak orang tapi tak nampak resultnya. Rasa macam 'makan gaji buta'. Serba salah nak terima upah tuisyen. Kadang tu rasa seperti tak halal duit tu, walaupun ibubapa pelajar2 aku ikhlas memberikannya pada ku.

Begitu berat beban yang ku tanggung. Bukan senang mengajar anak orang ni. Kalau takat pikir nak untung je.., tak payah susah2 nak buat test lah, latih tubi lah.. kata je kat ibubapa dia yang anak dia ni memang slow. Hai.... aku tak sampai hati. Bila dah serah anak ke kelas tuisyen ku..., aku akan usaha semaksima yang mungkin untuk mengajar anak2 mereka hingga nampak keputusan yang memberangsangkan..., baik di kelas ku atau di sekolah mereka.... perubahan mereka harus menonjol!

Kerana itu juga.., aku mengadakan ujian pada setiap bulan. Tujuannya..., sebagai kayu pengukur tahap kefahaman mereka terhadap teknik menjawab soalan yang cuba kuterap pada mereka sekali gus membiasakan mereka dengan soalan2 peperiksaan. Semua ini tidak semudah yang dilihat. Aku tidak boleh lari dari sukatan pelajaran yang asal. Dan teknik yang cuba kuterap walaupun agak tersendiri tetapi tidak boleh bercanggah dengan sistem pelajaran mereka di sekolah. Ini sangat penting agar apa yang mereka belajar di sekolah sama dengan apa yang mereka pelajari di kelasku, cuma mereka mempunyai skill tersendiri untuk memahami sesuatu subjek dengan lebih mudah dan seterusnya dapat menjawab soalan2 dengan lebih baik.

Dan itulah yang berlaku..., fenomena 2 orang pelajar tercorot di kelas mereka...., rekod kemajuan asyik merah-menyala...., tiba2 menduduki tempat ke-5 dan ke-7 dalam untuk exam semester akhir tahun lalu.. selepas belajar di kelas ku. Tahun ini mereka berdua  masih belajar di kelas ku bersama-sama pelajar2 baru dan itu membuatkan tugasku semakin mencabar. Dapatkah aku terus mengubah mereka menjadi yang terbaik? Insya'Allah..., akan kucuba sedaya yang mampu.

6 comments:

hazari. said...

eh, mengajar subjek ape ? kalau maths, latih tubi memang pnting. kalau subjek laen.. boleh ajar tips tips menghafal.. tapi yg pasal 2 pelajar tuh memang hebat, tahniah tahniah. :))

Hanis MY said...

wow wiiii baguslah akak ni teruskan usaha mendidik anak bangsa i likeee

ynn said...

makaseh ye poloww yana../ahaks..awk cikgu ye..pasti awk sowg cikgu yg baik...;d

Unknown said...

Hazari.., akak bukan cikgu.., hanya seorang insan yang cuba membantu anak2 yang memerlukan selagi ibubapanya percayakan kemampuan akak. Disamping mengajar anak sendiri. Akak membantu memperbaiki prestasi untuk subjek Maths, English Dan Science.

Hanis MY.., Thanks.

Rieyana..., saya cuma seorang ibu yang mungkin punya sedikit kelebihan dalam menguasai Maths, English dan Science. Dan mungkin sedikit rajin mengambil tahu tentang perkembangan dunia pendidikan serta amat2 mengutamakan prestasi anak sendiri serta cuba mengembangkan keyakinan mereka terhadap diri sendiri dalam menguasai pelajaran mereka.

saflan said...

Tahniah sahabatku....walaupun u x msuk IPG namun semangat mu seiring dgn mrk dlm mdidik anak bangsa...terima kasih cikgu!!!

Unknown said...

Cikgu Saf.., jangan terlalu memuji. Nanti terbang aku ni dek pujianmu tu. Apa2 pun, kita sama2 memainkan peranan untuk membentuk anak bangsa agar mereka berjaya di hari muka. Wuihh semangat tu bah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...