Thursday, December 23, 2010

DariKu UntukMu

Tak lama lagi sesi persekolahan nak bermula, Tinggal seminggu je cuti. Aku pula sibuk nak reopen kelas tuisyen aku ni. Syukur ramai gak yang daftar. Kelas belah petang dah penuh. Tinggal belah pagi je. Baru petang semalam aku tepek iklan. Ni semua hasil buah mulut ibu bapa yang mnghantar anak mereka belajar dengan aku. Tapi aku ambek pelajar sekolah rendah je.

Keputusan UPSR pelajar aku sangat memberangsangkan. 4A 1B milik pelajar manis bernama Arisya Natasya. Tahun ini aku hanya ader sorang je pelajar yang menduduki UPSR. Yang lain tu pelajar Tahun 1, 2 dan 3. Masing- masing mendapat keputusan yang baik semasa peperiksaan akhir tahun 2010. Tahniah di ucapkan kepada Aiman Nazmi & Mohd Ruzaini kerana menduduki tempat teratas di kelas masing2. Juga kepada Aslina Jaafar, Mohd Amer, Ahmad Syarul Hidayat, Mohd Apis dan Mohd Faisal kerana telah mendapat keputusan yang baik / meningkat dari keputusan semester pertama.

Semua in amat membanggakan. Aunty sangat sayang ngan kamu semua.

Tahun ini aku mensasarkan 15 orang pelajar dengan 5 orang pelajar dalam satu sessi. Konsep kelas aku lebih kepada study group di mana aku bertindak sebagai pembimbing & pengelolah kelas. Pelajar aku bebas menyatakan buah fikiran mereka dan aku akan memberitahu jika berlaku kesilapan. Aku lebih suka berkomunikasi dengan mereka sambil cuba memberikan idea2 mudah untuk menjawab soalan2 English, Mathematics & Science. Biar mereka rasa subjek tu mudah untuk dikuasai. Bila mereka rasa senang, mereka akan minat. Bila dah minat, mudahlah untuk mengajar mereka.

Aku berharap, tahun 2011 yang kian menghampiri akan menjadi tahun pencetus bagi satu lagi episod hidup aku. Telah ku tanam semangat & iktizam untuk membantu pelajar baru juga pelajar lama & anak2 ku agar lebih maju dalam pelajaran mereka. Insya Allah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...