Thursday, December 23, 2010

ASMA OH ASMA

Ni Caca, pesakit asma.

Salam semua. Emmm... pagi ni aku nak crita pasal inhaler. Sapa yang yang ader penyakit asma, taulah dia alat ni. Alah..., telepon aku dah selamat masuk dalam washing machine. Klu tak bole gak aku ambek gambar benda tu. Tapi tak pe nanti aku usahakan.

Balik pasal inhaler. Ada pembaca aku yang tanya... macam mana nak tau barapa banyak lagi isi ubat dalam inhaler dorang. Bagus soalan ni. Kebanyakan pesakit asma, tidak mempunyai spare inhaler jika inhaler mereka habis. Paling dasyat, saat memerlukannya..., pam je dah tak der isi. Ini parah..., pengecutan paru2 pesakit asma boleh membawa maut. So rawatan kecemacan SANGAT PENTING! DAN MESTI SEGERA DIBAWA KE HOSPITAL!

Cara nak tau isi inhaler tu mudah saja.
1. Isikan air ke dalam gelas atau mangkuk.
2. Cabut canister (balang aluminium) dari casingnya.
3. Rendam canister itu dengan bahagian yang ada nosslenya menghala ke atas.
4. Perhatikan canister itu. Bahagian yang tenggelam itulah paras isi inhaler anda.
5. Lakuan ujian ini selang seminggu bergantung kepada berapa kerap anda menggunakan inhaler.

So, bila paras canister yang tenggelam tu kurang dari setengah..., hah! Cepat2 lah beli yang baru sebagai simpanan kecemasan. Kata orang2 tua, sediakan payung sebelum hujan. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Selamat mencuba!

2 comments:

de' Elle Norizi said...

salam mamy.
oh active nya berbloging skrg.
congrats dear.

mamy,mana gambar yg mamy perlukan tp takde lam simpanan, bole search kat google. kreditkan je googgle tu..rasanye takda hal..
lebih2 lagi info mamy tu sgt bguna,klu ade gambar sgt2 sesuai..

Hidayati said...

Oh gitu ke? Thanks for the advise.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...