Wednesday, December 22, 2010

TAK SOPAN ATAU KURANG AJAR?


Hari ni aku cukup naik angin la. Nak dijadikan cerita, pagi tadi rumah ku didatangi oleh 2 orang lelaki dari syarikat aper ntah. Katanya nak periksa keselamatan gas memasak. So aku pun gitau dorang, minggu lalu dah ader orang periksa. Mamat tu selamba kasi tau aku yang dorang ni nak ulangi pemeriksaan tu. Aku pun pelik gak. Dulu takde lah nak check banyak kali.

Aku pun menolak dengan alasan aku ni baru nak kemas rumah. Mamat tu bole cakap dorang bukan nak tengok rumah aku bersih ke tak. Teratur ke tak. Dorang cuma nak masuk dapur tengok tong gas, tak caj pun. Aku tau lah tak caj..., masalahnya bukan duit. Tapi aku ni tak suka nak bagi orang yang dikenali masuk rumah. Jangan katakan tak kenal, kengkawan lelaki suami aku sendiri aku pun tak bagi masuk rumah semasa ketiadaannya. Itu wajib... untuk mencegah fitnah orang.

Balik lagi cerita mamat bodoh tu. Korang nak tau... lebih 3 kali aku cakap 'takpe lah' kat dorang dengan cara lembut... dia bole kata 'kakak ni macam takut je. Apa nak ditakutkan? Napa kakak takut bagi kami masuk rumah kakak. Kami cuma nak tengok dapur gas kakak jak'

Amboi selamba sardin dorang cakap macam tu kat aku. Panas nya aku dibuat budak bodoh ni. Aku taulah pasal keselamatan. Tapi mengapa sampai nak paksa2 orang pulak? Segera ku jawab...
'Ni rumah aku! Suka hati aku lah nak jemput korang ke nak halau korang ke!' sambil pintu ku hampas. Peduli dorang lah.

Apa ni? Kalau nak buat pemeriksaan pun buat lah dengan cara yang betul & sopan. Bukan provok si tuan rumah. Kalau si tuan rumah tak mahu, janganlah di paksa. Sebaliknya, si pemeriksa harus meyakinkan si tuan rumah betapa pentingnya pemeriksaan gas bagi mengelakkan kejadian kebakaran akibat kebocoran gas. Ini datang rumah orang macam penyangak, bercakap pun serupa penyangak... sapa nak bagi dia masuk rumah. Fikir2 kan lah.

2 comments:

[ibuLUNAZALEA] said...

eh mamy, time bonda bujang dlu ade juga tjadi kat jiran bonda..sibaik la kitarang selalu takder d umah.
kisahnye,mamat yg datang tu, cek hose pakai air sabun..nak pastikan bocor atau tak..klu ade la buih, bocor lah tu..tp trick tak mjadi..pastu siap potong2 la hose tu..last2 cerita itu ini sal kselamatan..
akhir skali jual hose dorg,mahal..tp nk tak nk kena beli juga,klu tak laki blik nt makan apa..da tak leh msk kn..

#org tu melayu ke,?islam ke?kn haram bg msuk org lam uma tanpa izin suami..

Unknown said...

Emmm..orang melayu...siap bagi salam lagi..., tapi tak reti nak budi bahasa. MAsa pemeriksaan yang pertama, mamy siap2 gitau yang mamy tak nak beli apa2 barang dorang. So budak tu check je lah. Tak delah pakai buih sabun pebagai. Dia cuma gitau..,klu nak check kena pakai buih sabun kat hos & kepala gas. Dia suruh tukar baru kepala gas sal katanya dah expire. Tu je.
Mungkin muka mamy yu macam malaikat maut, jadik tak berani dia nak jual barang dia kot. Tapi budak pertama tu baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...