Terima kasih kerana mengunjungi laman blogku. Kalau suka ceritaku, tinggalkan respon ikhlasmu. Paling tidak, jerit pada chatbox ku. Sambil tu, sudi2 kan lah menjadi followerku.
Friday, December 24, 2010
GIGIT2 SAYANG
BERTENGKAR! ? Emmm, Apa yang akan kita lakukan kalau kita bertengkar dengan pasangan? Kalau aku , aku lebih suka diam jika suami aku naik angin.
Bukannya apa, biarlah dia lepaskan amarahnya dulu. Nanti bila keadaan sudah sejuk, baru aku terangkan atau jelaskan apa2 kekusutan yang melanda. Time ngah panas manalah dia nak dengar. Sia2 je bertekak. Nanti dari perang kecil jadi pulak perang besar. Kan naya. So, baik diam dan mula fikir macam mana nak buat supaya dia faham.Begitu juga ngan dia. Bila aku yang naik angin. Dia pun akan buat hal yang sama. Bukan kerana perangai kami serupa, mungkin sebab kami dah lama bersama dan dah boleh baca taktik perang masing2.
Tapi masa mula2 dulu, kami memang saling menjawab bila bertengkar.Benar kata mak aku..., "Api kalau disimbah minyak makin marak" Buruk padahnya tau. Boleh remuk perasaan dan yang paling dasyat..., boleh naik tangan.
Bagi aku, tak taulah orang lain...., bertindak bijak semasa bertengkar mambawa banyak faedah. Antaranya, aku dapat mengelakkan terjadinya pertengkaran yang lebih besar. Tau je lah, kalau dah marah macam2 keburukan yang terkeluar dari mulut. Dan bila semakin parah, peratus kita bertindak ganas akibat amarah yang keterlaluan boleh berlaku diluar kesedaran akal.
Lebih baik berundur dulu. Kata orang, berundur bukan bererti kalah. Susun strategi. Biasanya aku akan membuat minuman kegemaranya. Jika dia menolak, aku akan tetap duduk minum dengannya. Jika dia berdiri untuk berlalu pergi, akan ku tarik lembut tangannya. Pohonlah kemaafan walaupun aku rasa tak bersalah. Kata2 minta maaf boleh melembutkan hati yang masih panas. Susuli dengan penjelasan tanpa banyak berbelit-belit. Hati yang telah suam tidak akan bertahan lama. Jika penjelasanku terlalu berbelit, hatinya boleh panas semula. Aku tak ingin itu berlaku. Berterus-terang adalah pilihan yang terbaik.
Apa2 pun, lain padang lain belalang. lain orang lain pula caranya. Jadi terpulang kepada kebijaksanaan masing2.
Tunjuk
Corat-caret
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment