Hehehe.. mesti korang ingat aku nak buat crita meleleh kan. Tak de lah. Ni, tadi aku jalan2 berblog. Sambil jalan sambil membaca blog kawan2 maya. Malam ni aku p ke blog Ben Ashaari . Macam2 crita yang aku baca di sana. Tapi oleh kerana aku ni baru sangat ngan dunia blog, aku lebih suka ngan tips2 untuk blogger baru.
Dalam banyak2 banda yang aku baca, aku paling suka ayat ni...."Jangan biarkan blog anda sepi tanpa cinta". Makna nya.., jangan biarkan blog anda sepi tanpa entri. ( Maaf En. Ben klu salah ya). Pas tu aku teringat pada Elle. Pesan dia pon lebih kurang macam tu. Bunyi & runut je lain... "cuba achive 1entry 1day"... tapi maksud sama kan.
Ku berkira-kira sendiri. Memang betul cakap dorang ni. Bukan nak untung duit atau nak glamour. Tapi blog ni bagi aku umpamakan sebuah catatan harian... alah diary cakap orang putehnya. Tak kira lah apa ceritanya.. yang penting ia tempat kita luahkan apa yang ader di benak.. suka, tangis, perit, konfius dan entah apa2 lagi. Yang penting.., ia mesti original. Pehapa cetak crita orang lain. Baik p baca blog dorang... lagi ader faedahnya.
Kesimpulanya.., blog ku adalah cerita ku, pandanganku dan perasaan ku terhadap kehidupan. Tak kiralah korang nak baca atau tak. Yang penting aku mesti terus menulis sebab itu adalah cebisan peristiwa sehari dalam kehidupan ku.
No comments:
Post a Comment