Semalam aku tidur ngan mood yang ceria. Pagi ni aku bangun ngan 100 kali ceria. Betul kata orang dulu2, klu nak tidur biarla dalam perasaan yang tenang sebab tidur dalam keadaan terganggu akan mempengaruhi hari kita pada esoknya.
Hari ni hari Sabtu..., tentu ramai orang yang nak jalan2. Jalan jauh atau dekat...., terpulang. Mungkin ader yang nak bawak kuarga atau p shopping. Sambil2 jalan tu, jangan lupa akan keselamatan di jalan raya. Ingat kat belakang seat tu ader anak2 tercinta yg sedang leka bersembang atau mungkin sedang berebut mainan! Hehehe. Walau apapun senarionya, mereka adalah sebahagian besar dari hidup kita. Jadi berhati2 lah di jalan raya ye.
Pagi ni aku terasa rindu sangat ngan mak aku. Aku ingat nak p jenguk dia. Kadang-kala kita seakan lupa dengan orang tua kita sendiri. Apa tah lagi bila kita tak tinggal serumah dengan nya. Mak aku ni mang suka membebel trutama bila mood dia tak bagus. Tapi aku mengerti, bebelan nya itu bukan kerana dia marah tapi itu sahajalah yang boleh dilakukannya untuk mendapat perhatian anak2nya.
Bila aku atau adik2ku ke rumahnya, pasti banyak pesanan belanja yang kami terima. Maklumlah, dia tinggal seorang diri di rumah. Telah kerap kali kami mengajak dia tinggal bersama kami kerana umurnya pun sudah menginjak ke angka 60an. Tapi dengan sepontan dia bertegas..., "Ini rumah bapak kamu! Rumah laki aku! Aku akan duduk di sini sampai akhir hayat aku!" Sedih..., tapi jauh disudut hati, kami menghormati keputusannya.
Kami berkira2 untuk terus tinggal bersamanya..., tapi dengan tegas dia berkata... "kamu semua dah berlaki dan berbini, hiduplah kamu sendiri. Aku tak nak kamu menumpang beras aku, nanti tak tau kasi makan anak bini sendiri" Elok je ayat dia kan. Tapi itulah hakikatnya. Dia tak suka jaga cucu, jadi kami kena usaha sendiri menjaga & membesarkan anak2. Bagus juga begitu, cuba fikirkan..., mak & ayah kita dah jaga kita dari kecik sampai besar. Bila dah besar & berumahtangga kemudian beranak-pinak, mengapa kita nak susahkan orang tua kita yang dah sedia tua tu menjaga anak2 kita? Memang sayang cucu tapi kita tak patut bebankan orang tua kita ngan menjaga cucunya sepanjang masa. Sama ada sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang memperlakukan orang tua kita seperti "orang gaji". Orang tua kita juga seorang individu yang layak untuk bebas membuat apa yang disukainya.... sama seperti kita.
Nanti aku sambung lagi. Sekarang aku nak bersiap pergi kerumah adik aku. Esok dia nak buat kenduri kesyukuran & doa selamat untuk kereta barunya. Petang ni bolehlah aku ajak dia jenguk mak sekejap. Aku ni tak reti memandu. Jadi kena cari supirlah (pemandu).
Jadi beginilah dia bila ader kapal masuk. Payah nak ader di rumah.
No comments:
Post a Comment