anak aku juga le tu kan. Kesian dia, takde orang yang jaga. Biasanya dia dijaga oleh neneknya semetara umy dah ayahnya pergi kerja. Tapi sekarang neneknya sakit dan tak larat nak jaga dia. Oleh kerana dia sangat mesra ngan aku dan aku sangat sayang ngan dia.., setiap kali umy dan ayahnya p kerja dia akan berada di rumah ku.. bermain, makan, tidur & belajar seperti anak2 ku yang lain.
Hari ni aku masak mee goreng dan nuget madu. Anak2 aku ni cepat bosan kalau makan benda yang sama tiap2 hari. So, setiap hari aku kena fikir apa yang nak aku masak dan hidangkan pada mereka yang tersayang. Kalau ikutkan selera budak2, mee segeralah yang paling dorang suka. Tapi mee segera mengandungi terlalu banyak garam & perasa..., sangat tak baik untuk kesihatan mereka.Hidangan aku bukan sahaja sedap tapi mesti lengkap dengan protien (ayam atau ikan), karbohidrat (nasi, mee, tepung atau meehun) juga vitamin2 yang ada pada sayuran & buahan. Tak ketinggalan susu atau minuman malt seperti Milo atau Horlicks. Aku juga turut menggalakkan mereka mengambil air kosong tidak sejuk.
Aku ni agak cerewet pasal pemakanan anak2. Nak2 lagi majoriti anak2 aku ni pengidap asma. Dalam peti sejuk aku memang takkan jumpa ais batu atau air sejuk. Kami sekeluarga cuma minum air yang dituras dari penapis air SWISPRO. Sebab kandungan klorin dalam air tidak baik untuk buah pinggang.
Memang susah jadik mak orang ni. Bukan takat menyediakan makanan dan mengemas rumah, tapi membuat semua itu dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.
1 comment:
Kagum…. and anak bujang u and anak dara sungguh CUTE!!! uhuhuh...
Post a Comment