Tetiba je sorang pakcik tu tanya aku..."Ader orang duduk di sini?" Kesian lak aku ngan pakcik tu. So, aku gitau lah pakcik tu yang aku sorang je. Aku pun duduklah. Aku ingat pakcik tu sorang....rupanya dia bawak geng! Tokojut aku! Ape nak buat kan. Duduklah aku ngan pakcik2 yang tak ku kenali tu.
Datang si pelayan. Aku mengoder nescafe 'o' dan mee goreng ayam. Pakcik2 tu ikut order sekali. Tak kisah lah kan. Senang gak keja pelayan tu. Ambek order sekali gus.
Pakcik2 ni borak macam nak rak! pasal parti politik, bonus ASN dan ntah aper2 lagi lah. Aku diam je. Ye lah... tak masuk topik kan. Dalam cerita2 tu.... pakcik tadi tu selamba je panggil kengkawan dia yang lalu depan kantin tu dan duduk sekali minum ngan dorang. Bayangkan, meja tu untuk 4 orang je tapi sekarang dah ader 7 orang termasuk aku yang dok di situ. Ya rabbi... pakcik ni.... sudah2 lah tu.
Sampai je mee goreng & nescafe, aku makan sesopan yang boleh. Seumur hidup aku tak pernah makan sesopan itu. Ntahlah kenapa. Gemuruh kot....
Selesai makan, segera ku keluarkan dompet. Sebelum pakcik2 ni abis minum & makan, baik aku cabut. Ku panggil pelayan tuk kira makanan aku tadi. Teriba je pakcik tadi tu bersuara. Hatiku berdebar. Napa pulak pakcik ni. "Dek, tak payahlah ko bayar, biar Haji ni yang bayarkan. Hari ni dia nak bertanding Ahli Lembaga Koperasi." Katanya sambil menunding jari ke arah rakannya yang duduk di sebelah aku. Dengan semyum lebar, "Haji' tadi menganggguk...."Iya, pangkah nombor 7 ya."
Patutlah pakcik ni asyik panggil kengkawan dia. Sampai 3 meja pulak tu. Rupa2nya nak melobi undi.
gambar: ehsan mr.google
Lepas mengucapkan terima kasih kerana dah dibelanja, aku pun beredar meninggalkan pakcik2 yang masih gamat berborak. Hai macam2 kerenah orang yang nak bertanding ye. Yang untungnya orang macam aku. Siap kena belanja lagi. ...tapi dia takkan tahu siapa yang aku undi......
No comments:
Post a Comment