Semalam merupakan birthday anak2 mami iaitu Kak Jaja (Izzatul), Caca (Natasha), Abg Chik (Daniel) & Kak Dewi (Atikah Dewi). Mereka semua ni lahir pada bulan November kecuali Daniel. So, kira sambut sekali la.
Dari awal pagi, mami & anak2 memang sibuk gila mem'baking' kek & muffin. Ye la kan. Ni hari jadi dorang. So kenalah bantu mami kat dapur. Jom layan gambar2 dorang.
Ni kak Yang (Maya).. sibuk ngan projek chocolate Chips Muffin nya.
Yang ni Kak Dewi (baju oren) & kak Jaja (baju hitam).. sibuk mixing cheese cake.
Sambil mixing sambil becerita. Tau jelah.., mami pesan kena mix 5 minit. Hehehehe.
Oleh kerana Kak jaja yang paling kakak, dia amik peranan bakar membakar.
Yang ni pe hal... bila nak siap muffin tu? Haiii... poning kepala den.
Ni lah rupe muffin dorang. Kiut jer tau.... bangga mami...
Ni rupe muffin yang dah siap. Memang thumps up! Sodap.
Yang dok ujung tu muffin chocolate chip anak2 dare.
Yang 2 kek besar ni mami yang buat.
yang kiri tu steam chocolate moise & yang kanan tu kek coklat biasa.
Bole dikatakan tema birthday party kali ni...., kek coklat. Pasal sume request kek coklat kecuali Caca. Si kecik tu request cheese cake & topping mesti strawberry. Ok lahh... janji dorang sume gembira.
Dari pagi kami dok mem'baking' maka ini lah hasilnya......
Double layer chocolate cake with butter icing... abaikan tulisan mami yang tak lawa tu ye.
Kek ni heavy. paling last lah dia habis. So, tetamu datang yg lewat tu dapatlah merasa nya.
Yang ni... Cheese cake + biskut base (tiger coklat) + strawberry topping
Abaikan juga tulisan mami yang tak lawa tu. Maklumlah... first time tulis pakai icing huhuhu.
Cheese cake ni kecik je. Berukuran 6 inci & yang pertama habis.
Rata2 tetamu puji rasanya seakan-akan cis kek secret resepi. Amboi... sampai gitu sekali ye. Alhamdulillah.
Ini pulak.., Super chocolate moist cake. Nak tau.. ni lah yang paling dapat sambutan.
Ramai yang puji.. mami pun apa lagi.. kembang hidung ni hehehehe.
Apa pun majlis semalam super best. Memang betul kata orang, kualiti time bersama anak2 memang sangat menyeronokkan. Sama2 buat kek, muffin, meniup belon, menghias halaman & menyediakan hidangan lain. Memang betul2 seronok. Jom layan gambar2 sekitar majlis. Tak banyak gambar sal masa tu hp low batt la pulak.
Wasalam.
2 comments:
Wahh...beshnye buat projek membaking kt dapur ramai2.Pastu celebrate same2.Selamat hari lahir Jaja,Caca,Daniel and Atikah Dewi. :)
Thank you s h a. Mamang gamat dapo masa tu. Ehehehehe
Post a Comment