Sunday, September 9, 2012

UPSR MATHEMATICS : DATA HANDLING (hot UPSR topic)

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Malam ni nak bincang pasal maths pulak. Data Handling merupakan topik terakhir dalam syllabus (sukatan pelajaran) Matematik Tahun 4,5 dan 6.

Dalam UPSR topik ini biasanya keluar dalam Kertas 1. Sejak tahun 2005 soalan2 dari topik ini sangat popular dan keluar pada setiap tahun. Jadi tajamkan teknik anda dalam topik ini.

Dalam topik ini terdapat 3 jenis carta yang mengandungi maklumat2 yang perlu anda rungkai.
1. Pictograf (Pictograph)
- memaparkan gambar atau simbol yang mewakili suatu maklumat

Pictograf melintang (Horizontal pictograph)

Pictograf menegak (Vertical Pictograph)

2. Graf Bar (Bar Graph)
- Mengandungi maklumat2 seperti:-
Kekerapan (frequency) - mencari kekerapan suatu aktiviti atau perkara yang berlaku.
Ragam (mode) - mencari nilai yang paling popular atau paling kerap dilakukan.
Range (susunan) - mencari perbezaan antara nilai tertinggi dengan terendah.

3. Carta Pai ( Pie Chart) 


- Suatu carta yang mengandungi suatu data / maklumat dalam bentuk bulatan.
- Bulatan itu mewakili jumlah keseluruhan komponen data yang diambil.

Nak tau kenapa topik ni kerap keluar? Sebab.., berdasarkan data yang diberikan topik ini menguji skill pengiraan:-
a) pecahan (fraction)
b) peratus (percentage)
c) wang (money)
e) panjang (length)
f) Nilai isipadu (Volume of liquid)
g) Perimeter
h) Purata (average)

Dalam kata lain.., hanya dengan satu graf, pelbagai soalan dari pelbagai topik dalam sukatan pelajaran boleh diajukan secara rawak! Jadi berhati2.

Jadi apa cara terbaik nak jawab soalan sebegini? Hahhhh...,
Pertama...., anda mesti kaji graf berkenaan dan dapatkan:-
- Jumlah keseluruhan.
-Jika graf itu tidak lengkap, cari jumlah keseluruhan item yang ditunjukkan.
-perhatikan tajuk graf & kekunci yang diberikan (satu simbol mewakili berapa item)
Kedua..., baca soalan dan rungkai satu persatu.
Contoh: Jika soalan minta peratus atau pecahan suatu item sebelum mengemukankan soalan sebenar.
Ketiga.., semak soalan sebenar.
Contoh: Jumlah pekerja wanita dan lelaki dalam empat buah kilang ialah 300. 2/5 daripadanya ialah lelaki. Kirakan jumlah pekerja wanita dalam kilang S. 

Jom kita cuba jawab soalan2 ini.
                                                 
1. Rajah 1 ialah sebuah piktograf yang menunjukkan bilangan pelajar yang layak ke peringkat separuh akhir dalam Pertandingan Pidato antara Bahagian.
Rajah 1

Purata bagi bilangan murid yang berjaya ke peringkat separuh akhir ialah 7 orang. Berapakah bilangan simbol yang mesti dilukis untuk Bahagian 4 (Div.4)?

Langkah pertama - kaji graf berkenaan dan dapatkan:-
- Jumlah keseluruhan.
-Jika graf itu tidak lengkap, cari jumlah keseluruhan item yang ditunjukkan.

-perhatikan tajuk graf & kekunci yang diberikan (satu simbol mewakili berapa item)

Penyelesaian:- 
Div 1 + Div 2 + Div 3 + Div 5 + Div 6 + Div 7 +Div 8
= 4 + 10 + 6 + 12 + 4 + 8 + 3 
= 47

Langkah kedua..., baca soalan dan rungkai satu persatu.
- rungkai klu yang soalan ini bagi
Purata bagi bilangan murid yang berjaya ke peringkat separuh akhir ialah 7 orang.

Penyelesaian: 
7 orang  X  8 Div
= 7  X  8
= 56 - 47 (jumlah keseluruhan rajah)
= 9 .... inikah jawapan yang soalan nak? Tidak!

Langkah ketiga.., semak soalan sebenar.
Berapakah bilangan simbol yang mesti dilukis untuk Bahagian 4 (Div.4)?

Penyelesaian:
9 bahagi 2 (lihat kekunci yang diberikan ,satu simbol mewakili berapa item)
= 4.5 atau 4 simbol penuh dan 1 simbol separuh.

Jawapan
4 simbol penuh dan 1 simbol separuh.

2. Rahaj 2 ialah sebuah graf palang yang menunjukkan bilangan pelajar yang memesan 5 jenis makanan dari sebuah kafeteria. 


2/3 daripada jumlah pelajar itu ialah Melayu. 10% merupakan pelajar Cina. dan bakinya pelajar India. Cari bilangan pelajar India.


Langkah pertama - kaji graf berkenaan dan dapatkan:-
- Jumlah keseluruhan - pelajar yang memesan 5 jenis makanan.

Penyelesaian:
150 + 125 + 50 + 50 + 75
=450 orang


Langkah kedua..., baca soalan dan rungkai satu persatu.
- rungkai klu yang soalan ini bagi
a) 2/3 daripada jumlah pelajar itu ialah Melayu.

Penyelesaian:-

2  x  450 (jumlah pelajar)
3
= 300 (pelajar Malayu)

b) 10% merupakan pelajar Cina.

Penyelesaian:

10    X  450
100
= 45 (pelajar Cina)

Langkah ketiga.., semak soalan sebenar.
-Cari bilangan pelajar India.

Penyelesaian:-
Jumlah keseluruhan - pelajar Melayu - pelajar Cina
= 450 - 300 - 45
= 105 (pelajar India)

Jawapan: 
105 orang.

Mudah je kan. Praktis dan anda boleh lakukan dengan cepat. Lagi cepat anda memproses maklumat lagi singkat masa yang anda gunakan.

Orait sampai sini saja. Ingat MASA ITU EMAS. Gunakan ia sebaik mungkin. Wasalam.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...