Thursday, September 6, 2012

11 SEPTEMBER 2012 ~ DAH SEDIA?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Emmmm.... Calon2 UPSR mesti dah berdebar-debar kan, sal pada 11 September 2012 ni Peperiksaan UPSR akan bermula. Selama 3 hari berturut-turut semua calon UPSR akan menggunakan kesemua skil yang mereka ada untuk menang dalam pertempuran ini.

Anda semua cuma ada 4 hari saja lagi sebelum peperiksaan bermula. Mami nasihatkan anda semua termasuk anak mami sendiri untuk melakukan persiapan terakhir. Panduannya kat SINI ye.

Anda semua sangat digalakkan untuk rehat secukupnya dan jangan lupa SOLAT. Dekatkan diri ngan Allah. Sesungguhnya ia sangat menenangkan. Ketenangan itu akan mengurangkan rasa gugup ketika menjawab soalan. Tahu kah anda, gugup boleh menyebabkan anda hilang fokus dan gagal menjawab soalan dengan baik. Ramai yang kecundang dalam peperiksaan kerana gugup. Belajar bagai nak rak, alih2 sampai harinya tak tau nak buat apa sal terlalu gugup. Kan rugi.



Jadi Solat, berdoa banyak2 & tawakal. Anda sudah berusaha semaksima yang boleh. Jadi set kan fikiran untuk buat yang terbaik. Insya'Allah.., kejayaan dalam genggaman.

Mami ader satu amalan masa nak amik peperiksaan. Mami selalunya pasang Nazar. Nazar ialah janji manusia kepada Allah S.W.T kerana menghargai nikmat atau hajat yang dicita. Jangan pula Nazar yang bukan2 nanti baik2 jadi pahala..., dapat dosa pulak jadinya. Dulu mami selalu Nasar akan berpuasa sehari atau 2 hari sekiranya cemerlang dalam peperiksaan. Syukur alhamdulillah.....

Ok lah.., nak membebel banyak pun takut bingit telinga tu. So, mami ucapkan all the best to you. Just rilek dan buat yang terbaik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...