Monday, June 18, 2012

TERIMA KASIH

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Sejak kebelakangan ini mamy selalu cek overview blog mamy ni. Alhamdulillah, jumlah blogwalker yang mengunjungi blog mamy amat memberangsangkan. Untuk blog yang tak sepertinya ini, bila mendapat kunjungan sebanyak 100 orang ke atas sehari, memang amat memberangsangkan.

Walaupun mereka tidak meninggalkan jejak atau komen, tapi mamy amat berterima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke blog mamy ni.

Sekarang mamy sedang membangunkan satu portal ulangkaji bagi anak2 yang bakal menduduki UPSR. Subjek2 yang dibincangkan ialah:-
1. Bahasa Inggeris - hampir 87% siap ketika ini.
2. Matematik - 8% siap
3. Sains - 14% siap pada ketika ini.

Mamy juga ada membuat entri mengenai teknik2 menjawab soalan. Ketika ini baru 2 entri sahaja. Mami sekarang lebih fokus kepada topik grammar kerana mami nak habiskan topik ni dahulu. Dalam topik grammar, mami cuba menerangkkannya pada kadar yang paling mudah difahami serta menyelitkan tips untuk mengingati topik2 tersebut. Mamy juga menyediakan soalan2 aneka pilihan jawapan bagi menguji keupayaan anda dalam menguasai topik yang dibincangkan. Apabila anda telah selesai mejawab, sila klik finish quiz untuk melihat markah & semakan jawapan. Markah serendah 50% dikira gagal.

Pada ruangan sidebar juga, mamy menyediakan beberapa soalan dibahagian "Test Yourself". Sila klik mana2 soalan yang anda ingin jawab.

Mamy sangat berharap Portal UPSR ini dapat membantu anak2 atau sesiapa saja yang ingin belajar Bahasa Inggeris bermula dari peringkat yang mudah.

Semoga usaha ini membawa kebaikan kepada semua. Sharing is caring.

Wasalam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...