Tuesday, June 19, 2012

GRAMMAR: MODAL VERBS

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Can , could
May, might
Shall , should
Will , would
Must , ought

 Perkataan2 di atas dikenali sebagai Modal Verbs. Ia digunakan untuk menunjukkan kebolehan (ability ), kemungkinan ( posibbility ) , keizinan ( permission ) atau niat ( intention ). Contohnya perkataan 
can dan may. Kedua-dua perkataan ini  bermaksud "boleh", namun cara penggunaanya boleh dibezakan.

Can = menunjukkan kebolehan. Iaitu keupayaan untuk melakukan sesuatu. 
Examples:-
1. I can carry a sack of rice. (Saya boleh mengangkat seguni beras).
2. She can play netball very well. (Dia boleh bermain bola jaring dengan baik sekali.)

May = lebih menunjukkan perihal keizinan untuk melakukan sesuatu.
Examples:-
1. May I talk to you now? (Boleh saya bercakap dengan awak sekarang?)
2. You may watch the television after doing your homework. (Awak boleh menonton televisyen selepas membuat kerja rumah.)
3. Teacher, may I go out to toilet, please? (cikgu, bolehkah saya pergi ke tandas?)

Pada kebiasaannya, perkataan please (tolong) digunakan bagi menggambarkan tahap kesopanan yang tinggi.

Perkataan2 seperti could, might, should, would dan ought lebih memperlihatkan kemunkinan suatu perkara itu berlaku. Kira macam 50-50 lah... samada jadi atau tak.
Examples:-
1. We could visit her in the hospital. (Kira mungkin boleh melawat dia di hospital.)
2. They might get away from me but not the dogs. (Mereka mungkin boleh lari daripada saya tetapi tidak pada anjing-anjing tersebut).
3. She should read the instructions before using the electric oven. (Dia sepatutnya membaca arahan itu sebelum menggunakan ketuhar elektrik.)
4. Alif ought to apologize to Marina for breaking off their engagement. (Alif seharusnya meminta maaf kepada Marina kerana memutuskan pertunangan mereka.)

Bagi menunjukkan maksud atau niat jitu seseorang terhadap orang lain atau benda lain, perkataan2 seperti shall, will dan must boleh digunakan. Biasanya perkataan2 ini digunakan dalam bentuk the future tense iaitu perkara yang belum berlaku atau akan berlaku.
Example:-
1. You must finish your meal before you go out to play. ( Awak mesti habiskan makanan sebelum pergi bermain).
2. We will join the meeting in a short while. (Kami akan menyertai perjumpaan itu sekejap lagi.)
3. He shall visit his grandfather next weekend. (Dia akan melawat datuknya pada hujung minggu hadapan.)

Walau bagaimanapun tiada sebarang sekatan untuk anda mempelbagaikan penggunaan modal verb asalkan tatabahasa anda betul maka ia dikira sebagai betul.

Orait, macam mana semua? Ok tak? Kalau begitu, apa kata uji kefahaman anda dengan menjawab soalan2 di bawah. semoga berjaya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...