Thursday, May 3, 2012

JOM MASAK NASI LALAP

As salam sume. Malam ni terasa nak masak nasi lalap la pulak. Ye lah daripada berembum makan kat highway tu, baik mami masak sendiri. bukannya susah pon.... hehehehe perasan terer le tuh.

Kat Tawau ni mami paling suke makan nasi lalap kat Gerai Ais Teler, dekat highway. Macam ni hah rupa dia.


Rasa dia memang fantastik bombastik dan tik tik tik. Ianya terhidang dengan nasi putih, tempe goreng kosong, ayam goreng celup tepung, sayur kobis potong enam & kacang panggang kukus serta sambal cemangi + sup. Perghhh memang sedaplah. Bila makan nasi lalap ni, mami selalu amati rasanya. Rasa2nya mami boleh duplicate resepi ni.... haiii perasan lagi mami ni.

So, hari tu mami dah cuba wat nasi lalap ni kat rumah. Sume puji...., dan hidung mami pon kembang. Jadi malam ni nak masak lagi. Jadi petang ni mami nak kongsi resepinya.

Bahan untuk nasi:-
Beras, air dan secibut garam. (masak macam biasa cuma tambahkan secubit garam supaya sedap & teksturnya pon akan lebih seroi. Ukuran air mesti setara dengan beras.)

Bahan untuk lauk & sayur.

Ayam (bahagian ikut suka)
Kobis (potong 6 atau 8) macam ni
kacang panjang (potong sederhana panjang)
Tempe (potong tipis. lebarnya pula ikut suka)
Tepung gandum
Sedikit tepung beras
Serbuk kari
Serbuk lada putih
Telur
Garam
Sedikit serbuk MSG (Aji no moto)

Cara2:-
Bahagian ayam dipotong ikut suka, basuh dan ketepikan. Campurkan tepung gandum, sedikit tepung beras, serbuk kari, serbuk lada putih, garam & MSG, kemudian gaul rata. Celup bahagian ayam dalam telur pas tu celuip pula pada campuran tepung tadi. Pas tu celup sekali lagi bahagian ayam yang dah bertepung tadi ke dalam telur dan campuran tepung. Salutan dua kali ini kan menjadikan ayam goreng lebih rangup dengan salutan tepung yang lebih tebal. Deep fry ayam tadi dengan api sederhana sehingga keperangan.

Demikian juga untuk tempe. cuma tempe disalut tepung sekali sahaja tanpa telur. Caranya, basahkan tempe tadi dan golek2 atas tepung. Kemudian deep fry sampai keperangan.

Untuk kobis & kacang panajng pula, sediakan periuk kukus & kukus sayur2 tadi selama 1 ke 2 minit.

Sambal cemangi.
Bahan2:-
10 - 15 tangkai Cili padi (kurangkan kalau tak suka pedas)
3 biji tomato ceri
beberapa helai daun cemangi / kemangi
1 inci belacan (dibakar dahulu)
sebiji bawang merah
seulas bawang putih
Sedikit minyak masak
Limau kasturi
gula
garam
MSG

Cara nak buat:-
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih & bawang merah , tomato ceri   (bawang merah, putih & tomato tak perlu di potong. Goreng je bulat2 tu). Jage2 minyak kena muka. Bila bahagian luar bawang & tomato dah berkedut & agak garing sedikit, angkat. Tumbuk cili padi dan belacan dalam lesung sampai lumat dan sebati. Masukan bawang merah & putih dan tumbuk bagi sebati dengan cili dan belacan. Masukan daun cemangi / kemangi dan tumbuk lagi. Jangan hancur betul daun cemangi tu. Masukkan tomato goreng tadi dan tekan alu perlahan-lahan. Kalau tumbuk nanti kena mata pulak si sambal tu. Bila semua bahan telah sebati dalam lesung, masukkan garam, gula , MSG & perahan limau kasturi. Gaul dengan alu perlahan-lahan sampai sebati.

Dah siap! Bole lah hidang & makan.

Selamat mencuba.

P/S: Sekarang mami nak ke dapur. Tak sabar nak masak nasi lalap malam ni.

2 comments:

Unknown said...

Hehe..setahun sekali je dapat mkan nasi lalap tue pun bila balik tawau haha..nk buat sendiri xpandai..tq la kak sb sudi share resepi..:-)

Miryer.... said...

Tq resepinya...mcm bule bha aku test buat kt rumah ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...