Wednesday, May 2, 2012

CuteToe DILANCARKAN!!

As salam sume. Hari ni mami nak umumkan yang Blogshop CuteToe mami telahpun dilancarkan dan yang bestnyer mami mengadakan OPENING SALE untuk 4 item pertama mami. 

CuteToe bakal menyajikan beberapa pilihan kasut dan sandal untuk si manja juga ibu dan ayah. Insya'Allah. Kami menawarkan harga yang berpatutan dengan design terkini serta warna2 ceria. Oleh kerana CuteToe  bertapak di Tawau, Sabah yang sudah sinonim dengan pengeluaran mutiara ternak yang bermutu, mami turut mempunyai rangcangan untuk mengetengahkan produk2 hasil mutiara asli dengan harga yang amat berpatutan. Sesuai untuk perhiasan si manja tatkala lebaran.

Apa pun masih banyak yang perlu mami perbaiki dan item pun masih kurang. Tapi mami bertekad unuk cuba mempelbagaikan item di CuteToe bagi memenuhi cirasa semua.

Mami berharap kelahiran CuteToe akan memeriahkan lagi dunia blogshop yang memang telah sedia meriah pun.

Kepada semua VIP blog mami ni dan mereka yang sudi bertandang ke sini.., sudikanlah berkunjung ke CuteToe dan jangan lupa.., jika anda tidak keberatan..., sudikanlah follow CuteToe

Untuk itu mami nak ucapkan terima kasih banyak atas kesudian anda semua yang sudi menjenguk blog mami ni walaupun telah lama sunyi tanpa sentuhan cerita terkini. Saaaaaaayang! Anda semua.

1 comment:

Salina Mat Isa said...

lama blog ni sunyi..dah ada blogshop ye..nak g terjah la..saya pun baru start berblogshop,jom la singgah jugak klu sudi..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...